Sahabat

Assalamualaikum


Tinggal berapa hari lagi seluruh umat islam akan menyambut bulan ramadhan.Pejam celik pejam celik dan 3 tahun aku dibumi asing ini.Diriku seperti biasa lagi tiada perubahan kalau ada berubah pun :) bahagian berat badan je lah...bila nak bulan puasa ni hati ku teringat sangat kat seseorang ni pernah satu masa dulu adalah sahabat dan teman yang sangat rapat dan baik buat ku.Itulah takdir Allah yang aku kena terima walau sudah melalui bersama sahabat itu pelbagai dugaan suka dan duka namun akhirnya takdir Allah menentukan silaturrahim kami putus.Sungguh pada mula nya hati ini memang terlalu sakit menerima keadaan tersebut.Masih segar dimata ku dimana aku melihat sahabat ku ini lari dari aku pada bulan puasa tanpa ku tahu kerana apa.Nak flash back sikit.........


2007 - Aku ambil keputusan untuk datang ke negeri kelahiran sahabat ku ini kerana dengan harapan aku dapat pekerjaan disambil sebenarnya aku telah berkecil hati dekat Ayah ku yang seolah-olah hilang harapan bila mana aku tiada pekerjaan selama 3 bulan.Aku tidak bermaksud mengaibkan Ayah namun sekarang aku faham kenapa Ayah berperasaan seperti itu.Sampai disana aku mulakan aktiviti bekerja disambil menolong kakak sahabat ku di kedai makan.Alhamdulillah,hasil carian aku dapat pekerjaan dikilang sebagai kerani.Disamping aku masih menolong kakak sahabatku dikedai.Tahun pertama tak balik raya walau sayu aku sanggup beraya ditempat orang kerana simpati pada sahabat yang tiada berteman kerana dia satu-satunya dalam keluarga dia tidak berkahwin lagi dan bapanya tidak lagi tinggal bersama mereka.Sahabat ku ini tinggal dirumah sendiri bersama keluarga kakak nya.Pada mula seronok bila mana kakak nya juga sudah menganggap aku sebagai keluarga.


2008 -  Pada masa ini aku mendapat pekerjaan baru lebih baik aku menjadi guru disekolah swasta.Seronok kerana itu minatku.Lupa aku jugak sekarang sudah ada lesen kereta dan pada June 2008 aku mampu membeli kereta walaupun prosesnya agak payah kerana keadaan diri yang bekerja swasta dan gaji yang kecil.Namun Alhamdulillah Allah beri kemudahan pada ku.Dalam tahun ini tidak banyak yang berlaku hidup sepeti biasa dan aktiviti harian jugak  biasa namun aku tidak pernah rasa bosan kerana ada sahabat yang baik buat ku.Raya tahun ni aku tak balik demi kerana seorang sahabat sampaikan nenek meninggal pada syawal yang kedua pun aku tak balik.:( zalim nya aku pada keluarga ku pada saat itu.Mak Ayah maafkan aku.....seorang sahabat telah buat ku hilang pertimbang mak....


2009 - Tahun ini Alhamdulillah aku diberi rezeki yang baik aku mendapat pekerjaan yang lagi baik iaitu di sebuah bank dibandar tersebut.Bekerja satu tempat bersama sahabatku.Hati ini amat gembira kerana sekarang ni memang masa kami selalu bersama.(Jangan salah faham pulak kerana rapat nya kami berdua telah membuat orang lain salah faham) namun Allah tahu hubungan kami.Terlalu banyak masa bersama membuatkan kami mula timbul salah faham dari nak balik keja ke kongsi keta.Namun aku sering mengalah kerana aku tidak mahu merosakkan persahabatan kami.Oh ya lupa nak diceritakan kakak sahabat ku ini still buka kedai makan dan kami akan menolong dia dihujung minggu tidak ada istilah berehat dihujung minggu buat ku pada masa itu namun aku senang kerana bagi ku sahabat ku ni adalah segalanya....Raya tahun ni jugak aku tidak balik namun awal tahun aku balik bersama sahabat ku ini kerana dia jugak adalah kesayangan mak ku.Sampai hujung tahun bermulalah episod sedih dalam hidupku.Pada mulanya aku happy kerana rezeki datang lagi aku diterima bekerja kerajaan namun sedih bila mana sahabat yang baik buat ku menyembunyikan benda yang penting buat ku dan benda yang harus dia share kerana itu satu perkara yang mengembira.Kahwin!!!!!!!!! kenapa perlu disembunyikan sedang itu satu berita yang gembira.....aku jadi sedih kerana aku mula berfikir siapa aku dihati sahabat aku ini selama ini.Ya Allah selama ini apa pun perkara kepada dialah aku berkongsi segalanya.Pada hari raya haji dia dirisik dan bertunang pada krimas.Mana mungkin aku lupa saat itu kerana dari situ bermula nya konflik dan kakak sahabat ku ini menunjukkan sikap sebenar.Aku jadi orang yang sangat keliru kerana orang yang aku anggap baik selama ini menjadi seorang yang aku sendiri tidak faham.Setelah bertunang dia akan dijabkabul tahun berikutnya.


Bermula hidup ku dalam kesedihan,itulah takdir yang terindah aku mendapat pekerjaan kerajaan itu diluar bandar tersebut dan amat jauh.Hidup mula berjauhan dengan sahabat ku yang pada mula aku jadi tidak keruan kerana aku fikir aku hendak menghabiskan masa setahun tu sebelum dia kahwin,namun Allah adalah perancang yang terbaik.Selama sebelum sahabatku kahwin aku berulang kebandar itu walaupun jauh semata-mata kerana sahabatku ini dalam masa yang sama ingin bersama untuk dia membuat persiapan untuk hari bahagia dia.Namun kakak sahabat ini mula menunjukkan sikap tidak senang pada ku.Macam-macam tuduhan dibuat.Aku sendiri tak faham kenapa baru sekarang membuat tuduhan itu.Tuduhan dimana aku ini selalu meyusahkan sahabatku ini.tuduhan dimana aku akan menganggu rumahtangga sahabatku sedangkan sahabat ini belum berkahwin lagi...tuduhan dimana aku ini dengan sukahati ku menceroboh hak sahabatku sedangkan kakak dia tidak tahu yang sahabat ku ini telah menceroboh terlalu banyak hak diri ini.Pada mula aku buat tak tahu kerana aku yakin atas hubungan persahabatan ku ini.Namun pada hari nuzul Al-Quran tahun 2010 aku bercuti balik kesana dan plan nak beli barang raya sebab tahun ini aku nak balik beraya bersama keluarga ku walau hati berbelah bagi kerana sahabat pernah berkata rayalah buat kali terakhir bersamanya.Namun melihat sikap kakaknya aku fikir lebih baik aku balik je...pada hari kejadian sahabat ini pada mula nya seperti biasa je namun bila mana dia tidak balik kerumah aku mencari kerana bulan puasakan.bila dihuhungi dia memberitahu dia ada  dirumah sendiri (sahabat ku ini sudah membeli rumah pada masa itu) kerana dia kata dia sangat letih.Aku biarkan saja kerana memikirkan kebaikan dia.Namun hingga kepetang dia tak balik kerana hari tu dah hari cuti...hati mula rasa bimbang dan mula merasa tidak senang aku cuma mencari dia dirumah itu namun dia tidak ada bila aku balik kerumah kampung aku perasan helmet dia ada didalam bilik tetapi motor dia tiada bila dintai dibelakang rumah aku dapat lihat motor nya dibelakang rumah disembunyikan.Kenapa??????bila aku masuk kebilik semula aku dengar enjin kereta dihidupkan dan bila aku lihat ditingkap aku lihat sahabat ini didalam kereta bersama abang iparnya...Kenapa????? kenapa hendak lari...ok aku berenti setakat ni nanti aku sambung balik.... 



Comments

Popular Posts