Toxic Leader


Bismilahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat islam dan iman dari Allah Taala.Kehidupan seperti biasa,hari ni bertugas sebagai Staff On Duty kat tempat kerja.Bertanggungjawab kat semua yang ada dalam tempat kerja hari ini.Bercerita perihal kerja ,Alhamdulillah kerana terpilih menjadi antara hamba yang mampu bekerja dan ada pekerjaan.Syukur pada Ilahi kerana rezeki ini.Selain keluarga kandung,apabila bekerja jauh gini , keluarga yang kedua adalah kat tempat kerja.Satu-satu tempat kerja yang punya ketua yang baik yang berdedikasi dan sama rata akan buat staff bersemangat untuk bekerja dan membuahkan hasil yang baik.Namun andai sebaliknya itu yang menyebabkan organisasi pekerjaan menjadi tunggang langgang.....

          Ya kita berpegang bahawa bukan ketua yang memegang rezeki kita namun andai setiap hari diberi tekanan dan sentiasa kelihatan salah bagaimana mahu bekerja dengan ikhlas.....
Hampir masuk 2 tahun aku berpindah tempat kerja.Kali ni aku masuk ke Institusi Pemulihan....yang mana setiap hari bekerja dengan manusia yang perlu dipulihkan atas sebab kerosakan otak yang serius.Kepulihan perlu pada manusia-manusia ini disebabkan mereka telah bersekongkol dengan musuh no 1 Negara....Nampak besarkan tanggungjawab ini, memang besar...dimana kami hendak memulih dan mendidik manusia yang dah menjadi rebung dari mula,dari segi sikap dan kehidupan seharian.

            Bukan mudah hendak memulihkan manusia yang dah jadi rebung ni,silap haribulan kita yang kegatalan terkena miangnya namun memang ada dikalangan kakitangan juga terjerumus dengan manusia-manusia ni.Hari ni aku bukan nak cerita pasal manusia-manusia yang perlukan kepulihan ni, tapi tentang manusia-manusia yang bertanggungjawab untuk memulihkan....

  Rentetan dari kejadian semalam,hanya kerana isu aku tidak melihat muka ketua aku dimarahi...ermmmm satu isu yang tak logik bagi aku kerana aku memang bukan nak bercakap dengan ketua aku tapi timbalan nya yang kebetulan masa tu ada dibiliknya...Ya maybe dia rasa aku telah membelangkangi dia tapi 'What The Issue' sebab mengikut tertibnya bila kita bercakap dengan seseorang kita kena tengok muka orang itu bukan orang lain...Kalau ya pun nak marah sangat kat aku gunalah alasan yang logik sikit.Kurang-kurang cakaplah "Kenapa awak tanya dengan Puan ni dan bukan saya...sayakan ketua awak" so kurang-kurang walau aku akan rasa blur kena marah aku tak lah berfikir sangat sebab alasan tu logik dek akal......

       Memang zaman sekarang kebanyakkan ketua suka staff bawahan nya jadi kaki bodek atau pun dalam bahasa kasarnya 'menjilat'.Even kau tu staff yang dah buat onar dalam institusi,staf yang tiada beretika berpakaian waktu kerja,staff yang kerap hilang kerap tak buat keja itulah disayangi sebab apa sebab hari-hari g mengadap ketua pg puji pg tanya dah makan belum pg buat apa yang ketua nak suruh buat.Even kalau ketua suruh g cuci jamban pun sanggup sebab nak ambik hati punya pasal.Aku dulu,sekarang dan selamanya takkan faham dengan makhluk yang macam gini,perlu ke ambik hati semata-mata supaya seketua sayang kat kita......dan sebagai seorang ketua perlu ke setiap 'jilatan' ni....

      Baru nak sharing berita gembira walau ianya hanya satu exam sahaja,aku diperlakukan seperti orang yang berkesalahan besar.Dengan penuh rasa rendah diri,pergi bertanya boleh ke aku skip sehari untuk kursus yang diaorang bagi untuk aku.Belum sempat memberi penjelasan aku dan disembur dengan 'bisa' sama cam tempat aku kerja banyak sang 'bisa' yang kita tak tahu bila akan bertemu dengan nya.Sang 'bisa' ni bukan kira sapa dia akan sembur aje racun nya kalu rasa tergugat......oh ya kan maybe ketua aku rasa tergugat semalam yalah aku p tanya dengan timbalan dia sedangkan dia ada kat situ sebagai ketua.Tapi bila kita ni bukan staff pilihan dua-dua situasi aku akan kena.Bila mana kalau aku terfikir untuk direct tanya ketua semalam aku juga akan kena sebab dia boleh cakap kenapa tanya kat dia sedangkan timbalan yang uruskan kursus tu.Nampak permainannya,kalau staff pilihan even kau pakai uniform ketat depan tetamu dari luar pun tak jadi hal sebab apa sebab ko dah jilat sehabis basah....What a hell of this kind of people.


          Actually,aku rasa amat terkilan dan sedih.Aku nak sangat pergi kursus itu sebab aku memang nak ilmu itu untuk pekerjaan aku.Tetapi mengapa terus aku dibuang dari mengikuti kursus itu just kerana satu hari exam,kursus tu 5 hari.Ketua jugak memberi speech dia yang dia suka staff dia belajar...so kenapa buat keputusan ketika ko marah.....Kau kalau part orang lain bukan main ko akan canang orang tu kena gini kena gitu tapi part ko bila ko ambik keputusan ko langsung tak nak berfikir dan mendengar penjelasan staff ko.Bukan sekali aku kena ni dah masuk 2 kali.Tahun lepas baru masuk keja belum belajar senario Pusat Pemulihan macam mana aku dah kena surat tunjuk sebab itu pun tanpa satu penjelasan dari ketua dan aku.Terima sebab ya dia ketua, dia boleh buat apa saja......part darjat part hearaki cukup jaga dia ingat pangkat dan harta ni boleh bawak mati gamaknya.....dia tak terfikir ke tanggungjawab sebagai ketua tu sangat-sangat besar...takut-takut segala kebaikan ko buat kat dunia ni terpaksa dibahagi-bahagikan kat staff ko.

Add caption
    Ya aku tak menafikan kuasa sebagai seorang ketua pada staff bawahan dia.Namun tolonglah jangan berat sebelah,pilih kasih dan suka dibodek.Tolonglah buka mata buka hati untuk menilai sorang-sorang ko punya staff.....Ya Allah sungguh aku teramat sedih diperlakukan sebegitu semalam seolah-olah itu kesalahan sedangkan no.........Kat sini memang payah untuk bekerja dengan fikiran yang positif yang tinggi dan bermotivasi sebab ketua nya adalah ketua yang bertoksin.Pandai bila part orang ko cakap bertoksin tapi pernah tengok diri sendiri tak.......


        Panjang pulak coretan kali ni,aku bukan apa sebab aku ni jenis berfikir semalaman aku berfikir mana logiknya kemarahan ketua aku semalam.Ya Allah aku ni hamba Mu yang sangat lemah yang perlukan petunjuk Mu...Ampunkan aku Ya Allah tolonglah beri petunjuk dan hidayah pada ketua aku tu......



Comments

Popular Posts