Halal Tak Boleh........Haram????





Bismilahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan islam dan iman buat hamba Mu yang penuh dosa ni......ermmmm macam biasa sihat tu orang kata ada sakit dalam nya pening,sakit perut dan sewaktu nya dah jadi biasa jaranglah nak sihat sepenuhnya sepanjang minggu...takpelah aku tak nak merunggut sebab nikmat hidup tu dah terlalu banyak dari Allah Taala.

     Dalam mengharungi kehidupan seharian pergi kerja balik kerja beribadat and so on...so on....aku jugak ada masalah hidup atau aku lebih suka katakan Ujian atau Pembelajaran Direct dari Allah Taala...Ya aku tahu aku hamba yang penuh dengan dosa...kekadang bila aku sedar akan kesilapan yang aku buat memang aku akan rasa untuk perbaiki akan kesilapan tu namun ada masa aku rasa Allah tak bagi bagi aku peluang untuk perbaiki semua tu......ishhhhhhh salah memang salah bila aku seorang hamba boleh berfikir macam tu .....aku dah bersangka buruk pada Allah .....aduyai aku ni manusia yang ada kala memang lemah sangat.Apatah lagi aku hanya ada Allah tempat aku mengadu.....semua masalah aku hanya Allah yang tahu dan padaNya aku mohon diberi jalan keluar.....hrmmmmm belum ada jalan keluar malah jalan yang ada aku rasa makin sempit....


       Jodoh..Perkahwinan...Suami...Keluarga....sejak kejadian sahabat baik aku 5 tahun lepas saat itulah aku sedar aku sangat perlukan seorang yang bergelar suami dalam hidup.Sebelum ini bukan tak pernah nak fikir tapi aku tak berat kan sangat apatah lagi aku ada sahabat baik yang sentiasa dengan aku masa tu....tapi tanpa aku sedar seseorang yang tiada talian apa-apa dengan kita tetap tiada talian dengan kita.....tanpa aku sedar orang yang tiada talian lagi cepat tinggalkan kita....uishhhhhh separuh gila jugaklah saat itu....dan dari masa itu hidup aku penuh dengan airmata aku rasa.....belum ada satu kehidupan yang boleh buat aku betul-betul tenang dan lupa apa yang sahabat baik aku buat...aku mampu didik hati untuk memaafkan tapi aku belum dapat melupakan....apatah lagi dengan kehidupan yang sekarang belum ada yang halal buat aku......step demi step aku ambik dengan harapan Allah mudahkan aku tapi yalah mungkin dosa aku lebih besar dari itu.....pernah aku baca dalam media sosial "kalau langgan pelacur boleh dapat dalam RM150 ,couple suka sama suka boleh dapat free,tapi kalau nak halal nilainya kekadang sampai puluhan ribu itu belum lagi mengira tahap mana pelajaran sesorang tu" so akal yang pendek akan pilih yang mana......namun bukan nak kata aku ni memahalkan mahar ku untuk yang bergelar suami aku mudahkan namun jalan yang payah juga yang diberikan.....ada yang cakap mungkin  dia bukan jodoh kau...aku slow kan perhubungan tu.....he3 namun tak ada jugak Allah berikan jalan untuk aku bertemu yang lebih baik....apa yang mampu akal yang serba kurang berfikir bila halal dah menjadi terlalu sukar.....bukan ke yang haram....Astafirullahalazim....ermmmmm


          Rezeki....Duit.....Kehidupan.....Dunia sekarang sangat-sangat memerlukan duit dan harta...malah benda tulah cara orang akan memandang kita dalam kehidupan seharian....Hendak share dengan kawan-kawan pasal masalah kewangan memang semua nya lari he3 sapa yang hendak mendengar dan membantu yang diaorang tahu alah takkan susah sangat...even keluarga sendiri akan menjauh bila ada masalah berkaitan wang dan duit ni.....Ya aku merasai nya sekarang masa yang sulit buat aku sentiasa tersempit....namun aku terima itu dosa dan salah aku sendiri....tapi macam yang aku cakap tadi tak ada peluang ke untuk aku perbaiki semuanya......Allah tak suka orang yang berhutang...namun kenapa tak diberikan jalan untuk selesaikan nya ......ishhhhhh aku sangka buruk lagi.....jiwa yang lemah jiwa yang sunyi memang aku banyak negatif dari positif....sampai ke saat ini duit nak beli topup untuk call keluarga pun tak ada....ermmmmmm bukan nak mencerita kan keburukan namun itulah keluarga aku....takkan ada masa untuk call untuk bertanya khabar hanya berharap dari aku aje call...seperti yang aku cakap sebelum ini aku tak ada kepentingan pun he3 makan ke sakit ke aku sapa nak ambik tahu nak harapkan kawan-kawan jarang-jaranglah keluarga pun tak nak ambik tahu ni kan orang yang tak ada talian dengan kita......hakikatnya saat orang perlukan kita orang akan cari kita hari-hari saat orang dah yang lebih penting hanya mampu untuk melihat msg kita tanpa perlu membalas pun....he3 hakikat dan kenyataan yang pahit untuk diterima namun harus aku telan......bila mana jalan yang halal untuk mencari duit itu payah jalan apa yang harus akal yang serba sakit ini fikirkan bukan ke yang haram......ermmmmm


     Makanya,aku mula berfikir memang berdosa jadi pelacur,pencuri, perompak namun andai ada itu je jalan di depan mata salahkah mereka ni 100%.Mana ada orang-orang yang penuh ilmu agama ikhlas betul dan percuma nak beri bantuan....mana ada orang yang duit berjuta harta berkepok nak tolong orang yang penuh dengan hutang.....he3......Yalah nak tunjukkan salah pada orang lain namun ada 4 jari lagi tuju kan diri sendiri...semuanya salah sendiri dan sememangnya tanggunglah sendiri.
Aku hanya perlu kuat untuk berdiri dalam yang halal dan minta dijauh dari yang haram.....cuma ketakutan itu ada kerana bila bertimpa-timpa masalah yang datang buat jiwa ku makin lemah.....
Ya Allah ampunkan aku dengan sangkaan-sangkaan burukku...kuatkan aku dalam perjuangan ini Ya Allah biarlah tiada yang membantu asalkan diriku sendiri kuat untuk menempuhi Ujian ini dan hanya Kaulah Penolongku....


Comments

Popular Posts