Jerebu .....Oh....Jerebu.......



Bismillahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan iman dan islam dari Allah taala...Isnin yang sembab adakah kerana ianya hari Isnin atau sememangnya aku yang sembab dan malas he3.Sabtu Ahad yang tak produktif langsung....mula sabtu nak selesaikan baju-baju yang tak berlipat ahad ingat nak kemas2 apa yang patut dah kena sakit kepala apa pun tak buat......tido je lah jawabnya...entah aku sendiri tak berapa nak faham mula dari Jumaat malam pukul 1 pagi atau pukul 2 pagi je bangun sebab sakit kepala terus tak leh nak tido jadinya siang hari membantai tido....lemah betul bila tido malam tu terkacau..nak kata ada makan daging tak ada pulak nak kata stress sangat tak ada pulak...cumanya rimas jerebu yang tak hilang2 ni...sungguh memeningkan.Malam-malam bau asap cam ada orang dok membakar dalam rumah je sedangkan tak.....tiap tahun jerebu akan ada setiap september hingga oktober semuanya dari Indonesia punya pembakaran tapi tulah itu aje cara diaorang untuk suburkan tanah bagi pertanian...yang salah semua manusia sebab dah menipiskan lapisan ozon yang menyebabkan asap tak leh terus ke atas tapi oleh kerana Indonesia yang membakar jadi dia lah yang kena....Allah nak tunjukkan bala pada yang telah memusnahkan alam jugak sebenarnya tapi yalah sikit je manusia yang sedar yang lain nya buat tak tau je......Bagi yang berkemampuan bolehlah lari ke luar negara time jerebu2 ni yang kurang kemampuan ni duduk jelah dalam asap...dahlah tak berduit sakit nak kena pergi klinik kos lagi....kadang terfikir juga mana2 yang kaya ni tak leh nak bantu ke time2 jerebu ni bagi penapis udara ke apa ke kepada keluarga yang memerlukan tapi yalah aku ni pandai cakap je mana lah nak tolong baik lari dari jerebu ni....

     Itu kisah jerebu yang tak tau bila nak berakhir.....sama cam jerebu dalam hati aku ni tak tau jugak bila nak berenti kadang jerebu luar ni yang berhenti dulu jerebu dalam hati aku hanya Allah yang tahu bila nak berhenti....dalam menaip ni dapat waasap dari kakak kat kampung aduyai lagi jerebu kepala otak aku....masalah kewangan jugak, aku ni kalau ada duit tak ada nya aku tak leh nak tolong tapi yalah aku sendiri pun sentiasa memerlukan bantuan kewangan....kena sabar je banyak2....aku tak leh nak cakap apa sebab ini salah sendiri......Memang kesian bila mengenangkan anak-anak saudara aku...aku tak pasti sama ada apa yang kakak aku cerita betul ke tak tapi kalau betul kesianlan ada suami macam tu..abang ipar bukan nya tak baik tapi kerana terlalu baik kebajikan anak-anak dan isteri tak terjaga...Ya Allah aku tak mampu nak membantu...bapa dah banyak jugak membantu tapi yalah takkan setiap kali kan...aku pun faham situasi bapa macam mana....ermmmmm jerebu sungguh....aku sebenarnya bila dalam keadaan gini aku sangat susah hati sebab tak leh nak menolong......ermmmm aku tak ada daya Ya Allah......








Comments

Popular Posts