Syurga Yang Tidak Dirindui

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam.Hari yang agak suram ,entah aku pun tak tau kenapa pgi-pagi masa subuh hatiku dah digamit kesedihan.Even nak wish Selamat Hari Guru pun buat aku menitis air.Why??? What happen to me actually 😡.Semlm buatlah juga jualan tapi satu pun tak dibeli,jadi petangnya ku sedekahkan aje kan kawan-kawan yang duduk kat kuarters.Tiba-tiba hati jadi teramat pilu,terpikir mana nak cari duit tambahan.Allahuakbar,pujuk hati yakin dengan rezekiNya.Jadi malam tadi aku tak buat apa,hati yang sedih buat badan jadi penat tak ada rasa nak buat apa pun jadi aku tido tersangatlah awal.Hati sebenarnya rindu kat orang tersayang tapi rinduku tak terluah.


       So pagi-pagi ni awal aku bangun untuk subuh dan awallah aku gerak ke pejabat.Sebelum nak mulakan pekerjaan aku sarapan dulu,dalam sarapan sempat buka youtube tertengok film indon dengan tajuk Syurga yang tak dirindui 2.Aku dah tengok yang pertama kat tv,film ini mengisahkan poligami atas dasar kesian dan mengecewakan isteri pertama.Arini,Meirose dan Pras tiga watak utama film ni.Jalan ceritanya sangat simple namun penceritaannya mampu membuat penonton menangis.Semua perempuan akan terasa amat sedih andai cinta diduakan.Kadangkala tanpa usul periksa sudak membuat pelbagai andaian,itulah perempuan,andaiannya mengatasi segala yang kadangkala boleh merosakkan satu hubungan(sedar tapi aku buat juak).Lelaki ni cukup dengan sikap tenang yang kadangkala membuat peremnpuan sakit hati.Walau tahu benda yang dibuat salah namun ego tetap menyatakan itulah  betul,itulah lelaki yang kadangkala amat payah untuk difahami.Syurga yang tidak dirindui 1 lebih kepada menceritakan betapa patah nya hati apabila mengetahui lelaki yang disayangi menduakan cinta yang tulus ikhlas namun akhirnya menerima jua madu atas sebab si suami mengalami kesakitan.



    Jadi yang kedua ini menceritakan si madu sudah berhijrah ketempat lain tanpa memohon cerai,isteri pertama pulak mendapat sakit yang membawa maut.Lalu ditakdirkan bertemu madu yang sudah tiga tahun menghilang dan mencadangkan supaya suami berbaik semula dengan madu demi kebaikan anak katanya.Disitu hati ku mula rasa marah wow.....aku rasakan isteri yang pertama penuh dengan rasa penting diri.So ending dapat aku agak si madu balik semula dengan suaminya walaupun sudah memberi harapan pada yang sayang padanya.Hati ini mula berfikir perlu ke kesudahannya begitu , entahlah may be jiwa ku yang tengah negatif aku berfikir sebegitu.He3 cerita je pun.Suka nak emosi sorang2.Walaupun orang ramai viralkan cerita ni sedih,aku boleh pulak penuh dengan rasa marah.

       Begitulah jiwaku sekarang ni,seolah aku ni marah dengan tuhan (memang pun).Allahuakbar bagaimana harusku pujuk hati agar menerima takdirku sebaiknya.Ya Allah ampuni aku hambaMu yang penuh dosa ni.

Image result for gambar cerita surga yang tak dirindui

Comments

Popular Posts