Pangako Sa'yo

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan Iman dan Islam yang dikurniakan.Jumaat pertama bulan Mei,sedikit kemalasan may be sebab beralih bulan 😃 faham kan beralih bulan untuk ladies ni.Sakit nya bukan main lagi itu baru sakit perut sakit badan belum part emosi lagi.Sedikit emosi minggu ni.Kena lawan sebab kalau tak tak tentu pasal nak marah pastu sedih.Kali ni nak cerita pasal drama yang tengah syok tengok sekarang ni Pangako Sa'yo.


         Amor,Claudia,Yna ,Angelo dan Eduardo 😄 ingat sangat watak dalam drama ni.Ikutkan drama ni dah glamour waktu aku study dulu lagi tapi diaorg olah balik dan ada sedikit perubahan namun yang baru ini yang aku suka.Cerita yang penuh Cinta,Dendam,Marah dan Kasih Sayang.Seronoknya tengok drama Filipina ni bila ianya mencerita Cinta yang setia,penuh dengan dugaan dan kesabaran dan sesungguhnya cinta sejati tu akan bersatu jua dan kalau itu jodoh kita.😃 membuatkan kadang aku tersenyum sorang tapi memang tengok sorang-sorang pun boleh feeling lebih sikit kihkihkih.Drama ni jua menceritakan pada kita bahawa marah dan dendam itu tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan dan kesenangan pada kita malah hidup kita semakin susah adalah.Itulah watak Claudia tak habis-habis dengan dengki,bila ada dengki muncul marah bila ada marah muncul dendam yang tak sudah.Hidup yang tidak menerima apa yang ada pada diri sendiri lebih kurang tak bersyukur lah.Dah ada Simon sayangkan dia pun kalut nak cinta Eduardo jugak.Sweet nya kalau ada lelaki mcm Angelo dan Eduardo tapi Eduardo ni agak pengecut aku tengok may be tersepit antara family dan kekasih.


 Yna satu watak yang sangat mulia untuk aku lah segalanya dia korbankan untuk orang lain waima saat akhir pun dia pilih mak dia daripada diri dia sendiri.Masa bercinta dengan Angelo pun dia seorang anak yang baik sanggup pilih family dari kekasih.Seorang kawan yang baik kalaulah ada he3 drama je.Satu watak yang sempurna 😊.Bersemangat dan jiwa yang penuh kasih sayang.Namun watak-watak lain jugak mencantikkan drama ni terutama si takong aduyai ada kawan mcm ni best nya.Always everyday dia akan take care pasal yna, ada masa sedih dan gembira even sudah punya life sendiri.Dalam drama real life ermmmm he3.Family Isko yang penuh kasih sayang walau dalam kehidupan yang serba kurang.


      😊 Terkesan sungguh dengan drama ni,sampaikan malam tadi menangis tersumbat hidung he3 bukan main lagi aku ni.Apa pun dari apa saja drama atau movie yang aku tengok aku suka tengok yang berkesan pada hati aku.Drama ni mengajar aku tentang kasih sayang dan hubungan kekeluargaan.Banyak pengajaran jua dari segi persahabatan,sahabat yang positif akan jadikan kita positif kalau negatif maka negatiflah kita.Drama ni tak macam drama melayu yang terus tunjuk mudah dalam hidup.Seperti Yna dari susah dengan usaha dia jadi senang ini baru mengajar penonton bahawa dalam hidup bukan semua kita dapat dengan mudah.


    Apa pun dalam kehidupan aku jua nak yang terbaik ,keluarga yang penuh kasih sayang dan sahabat-sahabat yang ambil berat.Ya Allah kau Maha Mengetahui 😍

Image result for gambar pelakon the promise

Comments

Popular Posts