Hujung Minggu Yang Hectic

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman serta nyawa yang ada sekarang ni.Nikmat mana yang kau dustakan sesungguhnya nikmat yang kau tidak dapat dimana-mana.Mei already,bulan kelima sudah percapaian apa yamg sudah dicapai ermmm masih kosong aku rasa namun semangat mesti ada untuk meneruskan kehidupan.Apapun yang dihadapi diri sendiri yang kena bagi semangat pada diri sendiri harapkan org sekeliling ermmm biarlah kita yang memberi manafaat pada org dan jangan harapkan org untuk beri manafaat pada kita.Sentiasa ingat Allah sentiasa ada bersama tidak kira apa keadaan sekali pun.Yakin dan terus yakin.


    Hujung minggu yang lepas panjang sikit sebab cuti hari pekerja jatuh pada hari Isnin.Hujung menjadi sangat hectic sebab krisis air bermula hari Khamis lagi.Aku punya emosi memang down giler dan sangat negatif...Rasa bersalahlah pulak kemudiannya...mulalah aku fikir apa yang org fikir pasal diri aku ni.Setiap masa aku postkan status yang negatif aduyai bila fikir balik diaorg pun manusia apa yang berlaku semua dengan izinNya.Bila aku marah2 tu seolah aku marahkan Tukang Izin benda tu berlaku,lepas terfikir seperti tu aku mula cool down Allahuakbar salahnya aku rasa.Berdosa sebab rasa org lain berdosa sedangkan aku sendiri sedang mencipta dosa.Ampunkan aku Ya Allah.Bila boleh berfikiran seperti tu aku mula rasa tenang dan masa tiada air ku rasa cepat berlalu.Malunya pada diri sendiri dan org lain.Akhirnya Allah tarbiyahkan sesuatu padaku masa tiada air tu.Terkilan sebab projek biskut tak leh nak buat.


    Ahad ada air aku dah ada aktiviti lain pergi Kemensah.Seronok sebab dalam duduk kuala lumpur ni rupanya ada kampung,melihat suasana kampung buat segala stress hilang.Sarapan ala-ala kampung buat aku rasa rindukan kampung sangat2.Adventure jugak bawak keta dalam jalan yang tak berapa nak elok.Melihat kehijauan dan air sungai yang mengalir sangat menenangkan.Satu je yang mengecewakan semua tempat ada bayaran waima parking di tepi jalan yang aku rasa tanah tu kerajaan yang punya.Sekarangkan semua dijadi mata pencarian kerana kos hidup yang semakin naik.Bila memikirkan kehidupan memang akan stress namun kena yakin Allah dah tetapkan dimana rezeki kita In Syaa Allah cuma kena kuat sebab dunia hanya sementara Akhirat jua yang kekal abadi. 😊.Lepas tu Isnin aku ke Port Dickson pula melihat Festival Silat.Walau tak minat namun suasana itu buat aku belajar elok jugak ada yang minat persilatan ini kerana situ Melayu aku lihat bersatu.Seronok jugak melihat persalinan diaorg ala2 melayu lama 😃.Sampai ke malam jugak melihat ragam manusia dan alam sekitar walaupun panas hati aku seronok dan gembira.Alhamdulillah.


    Hujung minggu yang mula nya sangat negatif dan berakhir dengan positifnya Alhamdulillah kena pandai pujuk hati sendiri dan akhirnya hari ini aku dapat datang keja dengan emosi yang baik.Ya Allah Engkaulah segalanya.
Related image

Comments

Popular Posts