Dunia Tanpa Simpati

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam buat hamba yang penuh dosa ini.Alhamdulillah 2 minggu lagi nak masuk bulan penuh keberkatan buat semua umat Islam.Cuma aku je tak habis ganti puasa lagi ampun Ya Allah sungguh nikmat itu sikit demi sikit telah ditarik kerna dosa sendiri.


Hari pertama ,minggu kedua kerja pada bulan mei.Jiwa yang sangat  tenat aku kira @ memang takdirnya begitu.Minggu lepas sibuk dengan program ditempat keja,keja dihari cuti boleh diganti dengan cuti ganti katanya namun jam keja tidak layak untuk claim cuti.😃 itulah kebijaksanaan pihak pengurusan tempat keja ermmm sakit hati sampai rasa tak mau nak halalkan waktu keja tu namun bila fikir balik takpelah boleh tampung mana yang bocor nanti.Minggu lepas jua jiwaku diruntun pelbagai rasa negatif yang aku sendiri tiada kekuatan untuk melepaskan diri.Allahuakbar airmata je buat aku rasa tenang sedikit.Sebelum ni aku tampung kehidupan ini dengan jualan sikit-sikit.Selepas tu pihak pengurusan cadangankan buka meja dan bayar untuk kelab.Pada mula aku tengok itu satu kebaikan pada diriku tapi bila dihari kejadian aku tengok benda lain pulak.Nak kata orang jaras rezeki,aku kena yakin rezeki tu Allah yang bagi.Bahagian ni aku tak berapa nak faham,hatiku terasa bengang jugak bila mana ada yang menjual benda yang sama ngan kita.Jalan akhir aku berhentikan jualan.Takpelah may be ada rezeki kat tempat lain.Satu peristiwa memang berkesan kat hati aku.Satu lagi masa program hari tu ,Bos siap cakap jangan niaga makanan sebab dah banyak,aku terasa jugak sebab tengok ramai je org lain yang berniaga makanan tapi kat sini aku tengok hikmahnya sebab yang menjual tu tak laku pun sebab budak-budak yang datang ramai yang nak bersembang sebab jumpa kawan lama.


    Minggu lepas pun aku jadi sangat-sangat pengecik hati.Entahlah aku belum nampak hikmahnya pada perasaan yang timbul ni.Pernahku luahkan kawan yang rapat yang sakit hati bila aku dapat APC,ermmm yang sorang ni aku tegur cmbiasa tapi menjaraklah sikit.Namun walaupun dia ni buat peragai cmtu Allah bagi dia satu anugerah yang aku takkan dapat selagi aku tak kawen,dapat mengandung 😌.Itu aku takkan dapat lawan jadi apa yang dia nak sakit hati bila aku dapat APC.Sorang lagi yang sakit hati dengan aku sampai tak menegur aku pasal APC,lepas tu jual cerita pasal aku pulak tak tegur dia dan aku rasa dia berjaya sebab dah dapat rapat balik dengan orang yang aku rapat.Semalam entahlah aku sendiri belum boleh tafsir hikmahnya bila dari tingkap rumah aku boleh tengok diaorang sekali dalam kereta.Aku tanyakan hal ini pada kawan yang sorang lagi,katanya janganlah menjauhkan diri sebab aku tak ada hak nak suruh org lain benci pada org yang sakit hati padaku.Ya aku tau dan takkan aku buat.Cumanya jalan yang terbaik aku jauhkan diri sebab aku tak mahu jadi isu pulak aku rapat dengan org yang baik dengan org yang sakit hati padaku.Aku terima mungkin aku tidak layak untuk jadi kawan pada sesiapa,mungkin kawan tu yang layak untuk mendapat ramai kawan sebab dia baik walaupun dia banyak cakap belakang dan ambik kesempatan.Ya mungkin pada dunia sekarang orang seperti itulah yang patut diagungkan dan bukan disedarkan dari kesilapannya.


      Sungguh hati ku sakit dan sedih kerna tak ada sapa yang boleh jadi tempat aku mengadu.Namun aku lupa aku ada tempat untu sujud lagi.Aku sendiri dah jadi orang yang cepat sedih sekarang ni...cuba untuk naik kan semangat minggu ni In Syaa Allah .Semoga dunia ini ada simpati buatku

Image result for gambar indah


Comments

Popular Posts