Ulangtahun



Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah masih bernyawa tika ini,bukan apa mai nak tulis blog lagi hari ni,baru teringat hari ni ulangtahunyang ke-7 sebagai penjawat awam.😍 7 tahun dah beb...satu perjalanan hidup yang bukan sekejap.Kalau kawen mengandung terus anak next year dah masuk darjah satu.....wahhhhh sungguh aku belum ditakdirkan untuk itu semua.Banyak yang aku belajar dalam menjadi penjawat awam ni sekali gus dalam bekerja sebagai penjawat awam aku mendapat darah tinggi dalam usia yang muda 😔.Terima saja,Alhamdulillah masih ada rezeki buat aku walau dalam 7 tahun ini hidup bukan semakin baik namun aku disarankan bersangka baik dengan takdir Allah.😡


Image result for gambar orang bekerja

            Dalam 7 tahun sebagai penjawat awam aku sedar banyak benda dah aku lupa dek kerana aku mengejarkan sesuatu yang aku masih tidak dapat sampai sekarang.Ada kawan yag satu batch kawen cerai dan dah kawen balik 😆.Ramai kawan-kawan yang satu batch dengan aku,aku tak ingat langsung tapi diaorang ingat kat aku aduiiiii punyalah teruk.Aku selalu akan rasa lost kalau kawan-kawan throwback cerita-cerita dulu.Selalu aku akan tanya aku kat mana,sedangakan aku ada saat itu.Macam tu jugak dengan kawan-kawan yang masa belajar dan sekolah menengah dulu ada yang aku ingat dan ada yang aku lupa dah.Memang patut pun orang tak nak kawan dengan aku.He3 bila tengok diaorang re-union jeles pulak tapi apa boleh buat aku bukan manusia yang ditakdirkan ada kawan yang macam tu so terima seadanya.


😊 🌹Alhamdulillah adanya kawan yang seadanya pun aku dah bersyukur walau aku tahu aku seringkali bukan jadi kepentingan orang lain mungkin aku bukan jenis yang pentingkan orang lain sebab tu orang tak pentingkan aku pun.7 tahun bekerja dari segi penghargaan memang susahlah aku nak dapat sebab aku ni bukan pekerja kegemaran pun...he3 Bila sampai masa untuk bagi penjelasan skt pelbagai alasan dari bos kenapa aku belum boleh diberi APC.Aku pun tak berharap cuma bila memberi alasan ke atas aku seperti itu tetapi orang lain pun macam aku tapi dapat APC sedikit kecewa jugak rasa dalam hati.Tapi balik pada rezeki percaya pada yang SATU , jadi hidup akan kembali tenang.Kehidupan yang mendatar tetapi belum sampai melarat 😊.


    7 tahun yang mendatar belum ada yang betul-betul membahagiakan, yang boleh buat aku gelak pun anak-anak angkat kat tempat keja hilang jugak sunyi dan stress tapi yalah anak orang mana sama anak sendiri.Bila balik sunyi tu tebal sangat....Hanya Dia yang tahu apa yang aku rasa.Apa pun Happy Anniversary Penjawat Awam....harap ada satu kehidupan yang ada kemajuan dan perubahan



Comments

Popular Posts