Gaya Hidup Sihat

Bismillahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan Iman.Kehidupan seperti biasa,kerja dihari cuti 😊 gara-gara mencari cuti untuk pergi ke klinik dan hospital.Reda dengan sakit yang diberi sungguh sakit itu penghapus dosa-dosa yang ada.Namun sebagai hamba kena ada ikhtiar untuk sihatkan.Selepas ambik darah bulan 10 hari tu resultnya doktor cakap kadar kolestrol jahat aku tinggi jadinya doktor startkan ubat kolestrol pulak....ermmmm masalahnya sekarang ubat tu asyik lupa je dimakan disebabkan kena makan waktu malam.


    Kena fikir cara lain pulak nak turunkan tahap kolestrol ni,itulah susah sikit untuk aku yang pemalas ni....aduh nak bersenam bila penat aku lebih refer tido.Lepas mak ayah balik dan lepas sukan rumah pun belum berkemas sangat.Hari ni keja petang bolehlah bersihkan dapur sikit.Bajunya rajin dibasuh tapi aduiii nak melipat malas tu setinggi baju yang dah kering dalam bilik.Walaupun bujang he3 itulah kemalasan kadang aku fikir sebab aku sorang aku boleh buat bila masa yang aku suka.Bukan alasan kalau rajin kihkihkih.....tetamu nak datang bukan kira masa....time tu baru nak ngelabah kemaskan rumah 😁.Bila fikir balik banyak jugak masalah kesihatan aku ni...ermmmm kena ada azam baru harap-harap janganlah hangat-hangat tahi ayam.Kena mulakan gaya hidup yang bebas....ehhhh salah gaya hidup yang sihat kihkihkih....Nak turunkan berat badan tahun 2016 dah nak habis dah masih situ jugak kg nya he3 perut masih jugak kedepan...bilalah nak kurus tambah ngan gastrik yang ada lagilah aku ni payah nak diet (alasan lagi).Bilalah nak berhenti beralasan....Allahuakbar....tolonglah diri sendiri sebelum tolong orang lain..tahun depan dah meningkat angka pada umur.ermmm maksudnya daya tahan diri tu makin berkurang....

         Tolonglah insaf wahai diri yang banyak masalahhhh...ok mulai hari ni kena terapkan gaya hidup yang sihat...bersenam, jaga pemakanan dan positif thinking In Syaa Allah....semoga Allah berkati niat aku...Jauhilah aku dari beralasan lagi...target kena ada....daripada target kawin tak dapat2 😂.Kena kuat chaiyok2 .

Image result for gambar hidup sihat

Comments

Popular Posts