Untuk Jadi Lebih Optimis

Bismilahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman pada diri yang serba kurang ni......Masuk kerja setelah 4 hari berkursus....satu keadaan yang berbeza dimana kali ini pergi kursus dengan diri yang amat penat.Selalunya aku akan rasa sedikit cuak kalau nak pergi kursus ni sebab aku ni penakut...yang aku fikir selalu macam mana nak tido je.Selalu bila nak pergi kursus aku akan rasa tak ada istilah rehat sebab bertukar tempat tido dan tak leh tido sebab takut.Namun itu bukan alasan aku mengelak untuk tidak pergi...pergi jugak dengan hati yang berat demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan...kali ni lagi seram,he3 sampaikan kawan yang dah sampai hantar waasap "weii berita ngeri...dapat kediaman sg petani".Kediaman ni mmg kami akan elak kalau dapat elak sebab banyak sangat cerita seram kat situ.Aku dah mula panik,sampai je lagi tambah panik dengan kawan yang terlalu riuh rendah he3 aku ni kalau orang tenang aku aku pun tenang...kalau orang kelam kabut aku lagi serabut.

    Mula hati tidak tenteram walau dari riak wajah nampak tenang he3 dalam hati tuhan je yang tahu rasa nak balik kerumah terus...lepas taklimat terus menuju ke kediaman kami,sampai je bila nak buka pintu tengok-tengok pintu terkunci selalunya pintu utama tu tak kunci...apa lagi gelabah semua orang.Semua memang aku rasa dah mula rasa takut...aku cakap pergi kat pejabat pendaftaran balik...pergi2 dah tutup.Datanglah PB nak tolong dia pun bebel bagitau cmne pintu tu boleh terkunci.....dah tu bila sampai dia boleh buka....aku dan lain semua muka dah pucat dan fikir yang bukan2...aku siap cakap kalau jadi apa2 aku belah je.Jadi malam tu aku dan kawan sebilik bacalah yasin dan doa2 pelindung...Kali ni aku rasa syukur sebab aku tak susah untuk tido walau dalam keadaan takut letak je ke bantal kepala terus aku ghaib...kawan sebilik siap marah dia kata kenapa kali ni aku senang untuk tido...kalau macam biasa malam pertama memang akan kerap ke tandas..entah aku pun rasa pelik...may be penat yang teramat he3 duduk sekejap kat sofa pun aku boleh lena....itulah cerita masa pergi kursus kali ni.Bersyukur sebab aku dapat tido he3 kalau tak hari ni confirm aku ambik cuti sebab tak larat...Hari ni Alhamdulillah aku segar untuk pergi kerja.....


     Dalam perjalanan balik semalam aku mula berfikir...diri aku kena sentiasa optimis dalam apa jua keadaan dan situasi walau bukannya senang tapi aku kena cuba...sepanjang bulan dan hari yang penat aku kekadang langsung tak boleh nak rasional sampai satu detik ada rasa mahu bunuh diri dek kerana tekanan yang tidak tertanggung oleh kepala...Mula belajar buang apa yang tidak penting untuk diri,belajar melepaskan tekanan yang tidak baik...apa pun jadi kena terima dan reda....aduiii bukan senang tapi kena untuk diri aku...sebab aku dah rasa sampai ke kemuncak tekanan yang boleh buat kita buat keputusan yang tidak rasional.Bagi kita nampak memuaskan tapi akhirnya benda tu menysusahkan dan orang yang bagi tekanan tu biasa2 aje...boleh hidup dengan tenang lagi...aku...he3 sebab tu aku mula berfikir belajar untuk tenang dan biarkan apa yang dah jadi diluar jangkaan kita.Walau kadang2 aku jadi balik tak optimis he3 biasalah dah namanya manusiakan..Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesabaran buat hambaMu ini.

Image result for gambar cool



     

Comments

Popular Posts