Satu Kehidupan 1000 Kerahmatan

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan Iman dari Allah s.w.t.Syukur kerana satu hari lagi diberi kehidupan yang sangat tinggi nilainya.Satu kehidupan yang harus diteruskan selagi nyawa Allah teruskan sungguh kematian itu satu rahsia begitu juga jodoh dan rezeki.Semua sudah Allah tentukan buat kita,kalau ikut pengiraan sebagai manusia ciptaan Nya kita tidak perlu risau dan hanya perlu hidup dengan percaturan Ilahi saja.Yalah sebagai manusia yang penuh dengan nafsu selalunya akan banyak persoalan dengan apa yang telah diberikan.

Sebagai manusia sungguh aku memang banyak penolakkan dalam diri aku atas apa yang telah ditakdirkan padaku.Susah untuk aku mencari setiap hikmah pada setiap kejadian yang berlaku....ermmmm terukkan Allahuakbar...sedihnya.....Namun apa pun yang berlaku hidup mesti diteruskan,sekuat mana pun ribut pada hari ni selagi ada nyawa yang diberikan esok pasti kita lalui lagi.Semalam pergi appoitment untuk gastrik doktor suspect hempedu, kena pergi scan dan periksa darah.Balik tengok kereta ada satu garisan yang panjang calar yang orang buat,sebelum tu waktu nak pergi radio dalam kereta pulak tiba-tiba off sendiri...kalau nak difikirkan tertekan sangat tapi itulah kehidupan yang harus diteruskan kalau boleh tanpa satu runggutan kerana semua dah Allah rancang sebaiknya untuk aku.

   Balik dari hospital singgah borak dengan kawan yang dah 3 bulan bercerai,dia bagitau akan kahwin lagi In Syaa Allah bulan 12 tahun ni.Allah cantik nya percaturan hidup dia,diberi masalah sekejap dan diberi perkhabaran yang baik dalam masa yang singkat....perlu ke aku mempertikaikan takdir Allah untuk aku...Allahuakbar,,,kadang aku rasa sakit nya......sahabat baik ku dan masuk 6 tahun berkahwin, ada anak sorang dan punya satu kehidupan yang hampir sempurna....aku pulak sejak itu hidup penuh dengan kecelaruan andai kata aku mengadu dengan manusia saat ini pasti jawapan nya itu sudah bahagian mereka jadi aku kena terima bahagian aku...jadi nya syurga neraka itu sudah ditetapkan dan aku tidak perlu kejar ke....kalau lah manusia lain boleh tengok dosa diri aku Allahuakbar pasti nya ke neraka.....bukan aku tidak impikan syurga tapi setiap kali aku buat mengikut jalan yang Allah tetapkan aku pasti ke jalan yang salah.....

     Persoalannya salah ke aku minta yang baik2 @ memang takdir aku hanya yang tidak baik dan aku harus reda untuk dalam keburukan itu...Allahuakbar aku tidak mampu untuk seksaan neraka Mu Ya Allah...sungguh aku hambaMu yang sangat lemah....bertaubat itulah jawapan andai ku adukan pada manusia....andailah semudah yang dikatakan dan semudah takdir orang lain....Allahuakbar aku pun tidak mahu satu kehidupan yang penuh dosa ini...aku juga impikan kehidupan dimana setiap hari aku boleh raihkan pahala darinya.

    Namun apa pun kehidupan aku sekarang,aku kena percaya pasti ada kebahagiaan yang menunggu,cepat atau pun lambat doaku dimakbulkan Allah tahu baik buruk nya untuk aku....Ya Allah engkau tahu segalanya RahmatMu yang aku perlukan demi satu kehidupan  yang baik.....

Image result for gambar pemandangan yang cantik


Comments

Popular Posts