sLeEpY

Bismilahhirahmannirahim,Alahamdulillah dengan nikmat Islam dan Iman buat pendosa ini.Sewaktu nak menulis blog ni aduhai mata ni ngantuknya tahap apa aku tak tahu.Dah 3 hari keja petang dan baliknya jam 12 tgh mlm.Semalam paling lambat pukul 1 pagi dan tiada pelepasan untuk datang lambat hari ini.Itu pun ku gagahi untuk bangun demi sesuap rezeki yang berkat.Bukan nak mengata tetapi punya ketua yang tidak ada timbang rasa dan prihatin buat diri ini sedikit down untuk datang keja.Bila hati bagitau keja itu Lillahi Taala hatiku kembali sejuk...Allahukbar sungguh apa pun dugaan yang datang kita ni kena balik kat Dia.

      Pagi tadi sempat jugak call mak yang tersayang,sebab ada rasa nama ni disebut2 kat bibir dia,he3 Alhamdulillah ceria sikit bunyinya bersembang cuma mak ada bagitau kena makan ubat darah tinggi balik sebab tekanan darah mak naik balik.Takpelah aku cakap janji tekanan tu boleh dikawal.Ayah pulak mak cerita mai balik sakit perut dia...mak bagitau bila rasa perut tu ok ingat boleh makan macam-macam ermmmm dah kena balik..tapi doa aku semoga ayah tak apa2.

     Itu cerita orang tua dikampung mendengar suara diaorang buat sedikit kerinduan ini hilang.Kepala mula rasa berdenyut.Bila keja petang aku rasa relax sikit walau kena tido lewat, masuk pagi ni,pagi2 dah rasa sedikit tekanan.....biasalah bos pompuan dah start bebel ayaaa...serabut perut rasa.Benda ni dari hari tu aku nak coretkan dalam ni,pasal waasap group keja,ermmmm aku rasa bermulanya pengunaan waasap ni belum lagi pihak kerajaan mewartakan ianya sebagai medium wajib untuk menyalurkan maklumat pada staff.Tapi kat tempat aku keja ianya sebagai satu kewajipan tak ada kena surat tunjuk sebab.Itu jelah yang selalu bos aku ugut.Aku kat sini dah sekali kena walaupun bagi aku bukan salah aku pun....langsung tak ada nak jumpa aku dulu tiba-tiba sampai surat arahan kena buat surat tunjuk sebab.Aduyai gila kuasa sungguh.Bos aku ni memang nampak pentingkan kedudukan,dia fikir dengan kedudukan yang ada may be dia sangat mulia disisi Allah taala.Aku rasa benda tu tak perlu nak highlight sangat kat orang bawahan kau.Andai kata kau sebagai ketua tahu untuk menghormati orang bawahan kau automatik kau akan dihormati.Terus terang aku cakap aku dah dapat tiga insiden dengan bos ni aku memang tak ada rasa hormat pada dia.Sekadar rasa dia tu bos je....Satu lagi bos aku ni suka kalau staff dia mengipas dan membodek dia...aduyai itulah bos2 sekarang suka dibodek dan dikipas...dalam jabatan aku memang ketara nampaknya.Sudah dua tempat aku keja aku tengok mana-mana staf yang suka datang jumpa bos suka sembang-sembang suka tunjuk keja yang dia buat...memang tahun depan dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.Keja nya ermmm aku rasa lebih relax dari aku.Aku ni bukan jenis yang suka berkepit dengan bos,bukan jenis yang suka tunjuk muka....dan bukan jenis waktu bos ada adalah muka dia kalau bos tak ada tak adalah muka dia...he3 ramai sangat macam tu yang akan pasti dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.Pernah ada sorang staff kat sini,bila bos ada hari2 dia akan kebilik bos,apa yang dia buat semua nak letak dalam waasap,bila bos tak ada tak pulak dia  kalut nak update apa2 dan baru je dia sah jawatan dia terus dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu....ermmmm aku tengok ada je staff lain yang full komitment dalam bekerja tak ada masalah dalam punch kad atau dari hal lain kenapa tak bagi.....dalam jabatan aku ni pelik bos2 kadang bukan kadang memang kebanyakkan nya pilih kasih kalau yang jenis bodek tu dia suka maka semualah puji kat staff tu je...yang staff lain ko keja lah macam nak mampus kalau ko bukan kaki bodek dan kaki ampu ermmm mereputlah lah ko kat situ nak naik pangkat pun susah.


    Pasal naik pangkat satu hal,bila ko dibawah ko jenis yang kaki bodek tapi tak tau buat keja itu yang bila jadi ketua tak tau buat keja dan staff akan tanya cmne lah dia ni boleh naik pangkat..ada 2 kes kat tempat aku macam tu...kerja2 aku ni sepatutnya dia yang pantau dan kena ambik tau tapi memang sikit pun buat tak tau.Bila suruh buat statistik yang simple pun tak tau...Ayoooo aku pun tak tau nak cakap apa.Kadang itu yang rasa tak ada motivasi nak keja sebab bos2 yang suka dibodek ni.
Ermmm aku ni dah melalut tapi itulah situasi aku sekarang dengan kehidupan yang ada kadang memang rasa lemah dan tak bersemangat tapi sapa nak ambil peduli jadi aku mesti kuat untuk diri aku dan mak ayah aku.Pedulikan bos yang macam itu yang aku tau aku kena jalankan amanah dan tanggungjawab ini sehabis baik untuk rezeki yang berkat bagi melangsungkan kehidupan ini.Ya Allah sebesar mana pun dugaan dan rintangan yang ada berikan aku hati yang besar untuk mengharunginya....adios amigos...luv ur self forgive ur self...



Comments

Popular Posts