Sejarah

Bismilahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan kurnia yang tak pernah kurang dari ILAHI...Alhamdulillah selesai dah melawat adik kat Nibong Tebal..lega sebab dia boleh berdikari dan yang paling syok dia pun tinggal berdekatan dengan Masjid..sekurang-kurangnya sentiasa mendengar azan dan harap hati tu sentiasa lembut...hujung minggu yang bahagia walau agak memenatkan....yang dah lepas dah jadi sejarah kan namun saat yang bahagia tu akan jadi kenangan buat aku dan yang sedih tu jadi teladan buat diri ini...ermmm...sesuatu perkara atau kejadian yang sudah berlaku akan diberi nama sejarah....setiap pada kita punya sejarah yang tersendiri sama ada sedih atau pun yang mengembirakan...aku akui sejarah hidupku agak menyedihkan namun Alhamdulillah aku jadikan nya sebagai pengalaman dan pengajaran buat aku...mengingati namun bukan untuk meratapi.....namun bagi siapa yang ada sejarah yang terlalu buat dia fobia akan menyebabkan hidup makin sempit sebenarnya....bayangkanlah kita akan hilang kepercayaan sebab terlalu ingatkan apa yang dah orang buat kat kita....setiap dari kita tak sama mengapa tak mahu memberi peluang....aku sebenarnya berdepan dengan manusia yang terlalu serap dengan sejarahnya....hinggakan dengan aku dia terlalu berhati-hati dan rasa aku juga akan buat seperti mana yang dulu dah buat kat dia...sedih dan terkilan...bagi aku walaupun aku mengingati sejarah ku namun aku tidak menghukum orang lain...sedaya nya aku memberi peluang tapi kalau yang punya diri tak berfikiran terbuka aku tak boleh nak buat apa kecuali berdoa moga dia akan menerima bahawa aku adalah orang lain dan tak boleh disamakan dengan sejarah dia.....
      Sejarah dulu adalah subjek yang aku paling suka kerana bagi aku ianya banyak pengajaran dalam aku menghadapi kehidupan...andai satu masa dulu kita tahu ada benda yang salah kita lakukan hari ini kita belajar membaikinya....namun sama kah aku dengan orang lain sentiasa belajar menerima hakikat ataupun orang tu tak mau melepaskan yang lama...kalau masih sayang pada yang lama memang susah nak terima yang baru....
Bagi aku yang dah lepas biarkan walau aku sendiri agak susah menerima apa yang dah berlaku namun aku tak mengkaitkan orang lain dalam sejarah hidup aku...Ya Allah aku berharap sangat semua nya dipermudahkan...


Comments

Popular Posts