P.R.U dan S.P.R

Bismilahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan kurnia islam dan iman dariNya....syukurku pada Ilahi kerna masih memberi keamanan pada negaraku.Dah berapa minggu dah lepas PRU 13 :) belum ada masa nak menulis disebabkan tak ada idea dan kepenatan...(penatlah sangat).Alhamdulillah pada PRU kali ni aku berpeluang menjadi petugas SPR walau tak ada peluang nak mengundi sebab lambat sangat hantar borang permohonan undi pos...ermmmm....situasi sekarang jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan PRU dulu-dulu.....aku menerima Parti Politik PAS sebagai pembangkang kerana kehadiran parti tersebut akan buat kerajaan tahu kesilapan yang telah dibuat dan aku kira dulu PAS ni berpolitik pada tahapnya namun setelah ada satu parti lagi iaitu PKR aku lihat keadaan sedikit huru hara...DAP jugak satu Parti Politik yang aku kira perlu wujud sekali lagi aku rasa bukan PKR.....PKR bagi aku banyak mengajar rakyat memberontak walau dalam sedikit kesalahan..maaflah kalau apa yang aku cakap ni salah tapi ni yang aku rasa..dulu tak ada PKR mana ada Bersihlah apalah...aku tak pertikaikan apa yang dia pertikaikan pasal kerajaan itu hak masing-masing tapi pernah tak pengasas PKR ni rasa dia juga pernah hidup dengan duit dari kerajaan...menegur tu tak siapa nak larang tapi kenapa kita nak ikut negara lain yang bergolak...paling aku tak suka salah seoarang kenalan aku Allah kan main lagi dia pelekehkan kerajaan dia tak rasa ke selama ni keamanan yang dia nikmati dan kemudahan yang ada dari siapa...boleh pergi kemana saja tanpa takut sangat sebab kita tahu ada pasukan keselamatan tapi kerana nila setitik seluruh pasukan keselamatan disalahkan tapi tak nampak pulak dia keluar rumah setiap hari tak ada yang tembak atau buat jahat kat dia....aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana cuma bagi aku mana-mana yang nak meyokong parti mana yang dia rasa betul silakan tapi tak payahlah kita terlalu menghina yang lain...yang pasti dalam hidup kita jangan terlalu mencaci..contoh tadi pasal isu ibu tunggal di Selangor yang dikatakan bodoh kerana ikut telunjuk UMNO dan padan muka sebab hakim suruh bayar RM1000 untuk bayar kos guaman..bukan kalau nak masuk mahkamah kena bayar ke..cuma hal nya kat sini patut ke kita kata bodoh dan padan muka tu...salah ke dia nak tuntut kalau itu memang dan ada orang janji kat dia.....salah ke betul ke ibu tunggal tu patut ke kita apabila tahu nasib dia macam tu kita cakap bodoh dan padan muka....aku perasan yang bangsa ku semakin berpecah kerana kuasa dan wang ringgit namun bila satu pihak ajak bersatu pihak satu lagi cakap tak payah sebabnya pihak yang mengajak tu tak patut dijadikan kawan..patut ke kita cakap macam tu kalau hati kita betul baik dan bersih...ermm....cakap pasal politik dalam negara dan dimana pun memang takkan habis...ada saja yang tak betul dan sentiasa bertelingkah...bila nak bersatu pun tak taulah...cuma harapan aku agar diri ku dan rakyat negara ni sentiasa tanam kan dalam jiwa yang sayangkan negara dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah dah bagi pada kita...membetulkan yang salah itu baik cuma jangan sampai kita yang jadi salah....PEACE NO WAR...

kita ni saling meyayangi cuma sentiasa nak lebih...he..he..he..

Comments

Popular Posts