Rezeki Takkan Salah Alamat

Bismilahirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan Iman,Islam dan Nyawa saat ini.Jumaat yang kedua bulan yang pertama tahun 2019.Semalam gigih buat biskut untuk dapatkan duit buat belanja.Dalam dompet kosong dah yang ada duit tabung syiling 5 rgt je.Wei malunya dengan diri sendiri.Kali ini aku tenang bila mana dompet aku kosong.Kena yakin rezeki itu tidak akan salah alamat.Saat ini sebenarnya aku melawan rasa negatif dalam diri aku.Ada cemburu melihat jualan orang lain semua orang beli,cemburu melihat orang lain jualan nya sentiasa yang repeat order.Allahuakbar kenapa perlu rasa begitu bukankah Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.Sangka baik mungkin ada hikmahnya dompet kosong.Ya mesti orang tanya kenapa cepat sangat dompet kosong bukan baru buat loan ke.Bila mana banyak komitment ini lah jadinya.Belajar tidak menyalahkan sesiap bilamana rezeki mengunung pun bila Allah kata kena bahagi-bahagikan maka aku kena terima.


   Jalan yang ada kena gadai sebentuk cincin emas yang aku ada kejap lagi.Itu yang aku fikir saat ini ,mula fikir kalau ada yang beli biskut aku bolehlah duit tu aku buat belanja sementara nak tunggu gaji tapi rezeki belum ada jadi kena guna jalan tu je.Fikiran kena sentiasa positif,semalam memang ada rasa down sikit tapi aku kuatkan diri untuk satu kehidupan ini.Semalam dalam otak ini tiba-tiba terfikir sebenar orang keliling tak ambil peduli sangat pun kat aku.Mulalah kesedihan tapi sebenarnya hormon tak stabil itu yang rasa macam-macam.


Apa pun yang datang aku kena teruskan kehidupan ini seadanya.Susah aku ada lagi hamba Allah yag lebih susah kan.Jadi hidup kena sentiasa bersyukur,hargai apa yang ada jangan difikir apa yang tak ada..Ya Allah ujian ini kerana dosa ku sendiri,bantulah aku untuk bertaubat dan berada dijalan yang kau tentukan.

Related image

Comments

Popular Posts