Antara Make-up & Keyakinan Diri

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah atas Imanku,Islamku serta nyawa untuk hari.Banyak nikmat yang harus diingati supaya jiwa semakin kuat untuk satu kehidupan ini.Mulai November tahun lepas aku mula teringin untuk bersolek 😆.Mana datang keberanian entah...lama dah rasa teringin nak berblusher,eye shadow,mascara,foundation kihkihkih....Dulu kalau tengok orang bermake-up selalu fikir solat ke diaorang ni namun kalau jenis yang rajin boleh je bermake-up dan solat.Setiap kali nak solat bersihkan muka dulu baru berwuduk.Alhamdulillah dah 10 hari dalam tahun 2019,bertahan untuk positif hingga hari ini,semoga istiqamah sentiasa sampai hujung nyawa.Mula-mula bermake-up ni memang ramai yang tegur.Ada hari terblusher merah memang perasan tapi dengan keyakinan tinggi aku biarkan aje.Maybe  salah satu terapi.Bila bersolek aku rasa bersemangat nak bekerja ,ya maybe kena nipiskan sikit biar nampak naturalkan.Terlalu tarik perhatian orang karang dosa pulak he3.
Boleh lagi sengih2 bila g kerja bila bersolek.Aku dapat rasa lebih yakin bila bersolek.

Ya keyakinan diri amat penting supaya aku boleh beristiqamah dalam membentuk diri aku ke arah positif sentiasa.Baru-baru ni ada jugak yang perli make-up macam hantu katanya.Namun aku positif dan biarkan kata-kata tu.Blockkan no orang tu lebih senang kihkihkih.Buat apa kita nak dekat dengan orang yang negatifkan.Ya untuk tahun baru ni aku nak jadi orang yang sentiasa bersangka baik.Allah merahsiakan masa depan kerana nak hambaNya belajar bersangka baik sentiasa dalam kehidupan.Sangka baik akan buat aku sentiasa positif dalam apa jua sitiuasi.Macam tahun lepas memang aku down dengan cara ketua-ketua atasan.Memang tiada penghargaan dan tiada kebajikan dijaga.Bila aku meluah dalam status waasap dan dalam group unit ku,ada seseorang yang menyampaikan benda tu ke orang atasanku.Agak kecewa dan aku mengaku salah aku namun pada saat itu aku tidak dapat melihat rasional arahan ketua pada masa itu.Tambahan semangatku untuk habiskan keja yang perlu aku habiskan 31.12.18.Namun niatku terbantut gara-gara orang atasan yang tidak anggap bahagian keja ku penting.Penting apabila pihak ibupejabat minta baru nak meraung he3.Itulah manusia.Saat itu memang aku down tapi aku belajar lepas tu.Jaga diri sendiri dan kerja sendiri je.Apa2 yang rasa tak puas hati diam dan luahkan ke media yang tidak ada sorang pun kawan sekerja ko boleh lihat.

    Kat tempat kerja aku tabiat membodek bos-bos memang kritikal,sanggup untuk jatuhkan orang lain untuk nampak bagus.Kadang aku pun cam pelik aduyai perlu ke buat macam tu untuk dapatkan sesuatu.Tapi yalah hati sorang-sorang kita tak leh nak jangka ,walau nampak baik depan kita belakang kita belum pasti lagi.Apa pun aku kena jaga diri jaga mulut.Sebelum ni sukahati je nak cakap apa depan siapa tanpa fikir benda tu tersebar jauh.Tapi kali ni belajar dah.Baik belajar cantikkan muka,belajar camnne nak buat biskut lagi sedap.Fokus pada pembangunan diri tanpa menjatuhkan siapa-siapa.Kalau bos-bos tak suka biarkan ingat rezeki kita Allah yang tentukan :)


Ya Allah semoga Engkau menerima taubat ku,memudahkan segala urusan dunia&akhiratku.limpahkan aku rezeki halal lagi berkat dan mencukupi untuk kehidupanku dan orang yang aku sayang.Kuatkan aku dalam setiap ujian yang kau hadirkan serta berikan jalan keluar bagi setiap ujianMu.Berikanlah Rahmat&RedhaMu buat orang tuaku Jagalah mereka dari segala kejahatan dunia.Berikan mereka kasih sayangMu dan kesihatan yang baik.Ya Allah kuatkan sangka baikku dengan apa yang telah Engkau Takdirkan Aamiin
Image result for gambar yang tenang

Comments

Popular Posts