Nampak Sakit Ke?

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah atas kurniaan Islam dan Iman ini.Dua minggu tak mencoret dalam blog,nak kata sibuk tak lah jugak.Ada rasa untuk menaip tapi semangat tiba-tiba hilang.Lepas cuti merdeka tu aku kerap diserang gastrik.Badan jadi sangat-sangat lemah.Malam tadi baru ada semangat nak buat kek nak tambahkan duit poket.Alhamdulillah habis walaupun dapat sikit tapi aku tetap bersyukur 😋.Kerap rasa dada belah kiriku sakit,harap hanyalah angin dan bukan sakit lain,fobia rasa nak melalui rasa sakit walaupun aku tahu sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita.Namun nak dapat penghapusan itu bukan mudah semuanya Allah tetapkan syarat.Andai kita reda dan tidak merungut semasa sakit In Syaa Allah adalah ganjaran dari Allah.


      Dalam 2 minggu ni kehidupan aku seperti biasa,cuma yang buat aku rasa sedikit stress bila periuk nasi ku rosak lagi.Baru seminggu beli dah rosak.Alhamdulillah masih rezeki aku,bila pergi tukar Allah mudahkan urusan aku walau pada mulanya yg pekerja perempuan tu cakap tak leh tukar dah sebab dah lebih seminggu (lebih sehari je).Pekerja lelaki yang membantu tukarkan yang lain aku cuma bayar RM10 je sebab ambik periuk nasi yang harga lebih mahal dari yang dulu.Periuk nasi dapat yang sedihnya dua extension ku rosak.Semalam nak buat kek kena pakai extension yang pendek he3 takpelah nanti aku cari yang lebih panjang.Itu kisah rumah,Alhamdulillah ada gas ada periuk nasi aku boleh berjimat tak berbelanja beli makanan diluar.Semalam pun pagi aku buat scramble egg dan hotdog pastu tengahari buat sardin cukuplah untuk isikan perut.Malam pulak bila tengok ada daging lagi aku buat daging masak kurma pas makan itulah dadaku sakit balik.Letak minyak panas dan makan ubat lega sikit.Pagi ni g jumpa bos aku kena tegur muka nampa tak sihat ,aduyai ya ke.tak tau nak buat cmne memang sakit pun.Bertahan je nak tunggu bulan 12,harap lepas ni sihat hendaknya.


   Muka aku ni memang agak sembab tak taulah kenapa,harap tak adalah sakit lain ataupun hatiku yang sakit itu yang muka pun tak ada seri.Banyak dosa mana muka nak bercahaya Allahuakbar ampunkan aku.Ya Allah berikan aku kesihatan yang baik agar dapat aku melakukan amanahku dengan baik.In Syaa Allah.


Image result for gambar kek butter

Comments

Popular Posts