Bila Semuanya Betul

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah kerana kurniaan nafas untuk hari ini.Syukur kerana mampu untuk bangun subuh.Hari dah 1 Muharram 1439H.Terasa kecepatan masa yang tidak mampu aku kejar.kehidupan aku jalani seperti biasa walau dalam duka yang menjeruk jiwa.Aku teruskan demi amanah yang Allah dah berikan pada aku sebagai hamba.Minggu ni ada hujung minggu yang panjang sebab cuti untuk awal Muharam.Aku lebih memilih untuk bekerja walau jiwa ku ingin bercuti dan menghilangkan stress.Apakan daya aku tak mampu.Masuknya tahun baru apa pun pasti ada niat dan azam untuk mengubah sesuatu yang tak baik pada diri sendiri.Tak banyak tapi biarlah berterusan.
Niat aku azam aku ingin jadi kaya.....kihkihkih taklah kaya mana tapi mampu untuk ada duit dan boleh pergi ke mana saja saat aku rasa teringin nak jalan-jalan.Tapi ermmmm, kena bersangka baik ada hikmah kenapa Allah bagi duit hanya cukup untuk kehidupan seharian sahaja.


     Bekerja ni semakin hari semakin aku rasa tertekan dengan sekeliling.Aku bukan sempurna tapi setiap keja aku nak dibuat sehabis baik.Kadang aku menegur bukan bermakna aku sengaja mencari salah org namun itu untuk kebaikan bersama.Kadang sakit telinga bila unit lain mengadu pasal unit aku.Jadi inisiatif aku ialah sentiasa berhati-hati bila buat keja dan mana yang silap aku tegurlah supaya tidak terjadi lagi aduan unit lain.Tapi yalah apabila ada manusia yang merasakan diri dia sentiasa betul memang parah.Bila buat keja main tangkap muat memang akan menyusahkan orang lain.Akhirnya aku yang dibahagian akhir sesuatu keja kena bersuara,malangnya aku pulak yang dikatakan mata-mata dan manusia ini minta rakan-rakan yang lain berhati-hati.Kadang aku terfikir salah ke yang aku buat.Ada juga aku terfikir mungkin aku yang salah.Cuma satu contoh keja semalam ,manusia ini yang ambil klien masuk dimana apa-apa dokumen dlm fail klien dia yang kena bertanggungjawab selesaikan.Aku ni memang bahagian akhir dimana merekod segala data peribadi sekaligus melihat dokumen lengkap atau tidak.Ada dokumen yang tak lengkap aku suarakan,salah ke.Kalau aku tak suarakan akhirnya unit lain akan salahkan aku kenapa tak periksa dengan teliti fail klien tersebut bukan ke itu dah menyusahkan aku.Allahu aku sendiri tak mampu berfikir bagaimana manusia sebegini berfikir mengenai pekerjaannya.Aku suarakan langsung tidak ada feed back yang akhirnya aku ambil inisiatif sendiri untuk perbaiki dokumen tersebut.Tapi part tandatangan bagai aku tak leh nak tolong itu memang manusia itu sendiri kena selesaikan kerana dia saksi klien sign dokumen tersebut.Kalau rakan sekeja yang lain buat Alhamdulillah hanya ada lopong kecik-kecik yang aku sendiri boleh baiki.Fail yang manusia ni buat ,borang tak berstaple,borang dia tak sedar tak lengkap,tak bersign.Allahu macam aku nak tolong yang lopong terlalu besar,ic tak dibuat salinan,ada borang yang tidak dibuat salinan.Aku pernah memberi peringatan pada yang lain ,Alhamdulillah ada perubahan tapi untuk manusia ini dia anggap itu bukan salah.


      Manusia satu unit dengan aku ni juga pernah aku lihat tidak hadir bekerja.Aku tidak pernah untuk melaporkan pada pihak atasan pun walau sedar dia dah banyak kali buat.Salahkan kalau ikut sebab dikira bersubahat membiarkan dia tidak hadir keja tanpa sebab.Akhirnya ada hari yang aku sedar dia tak dtg bertugas aku minta kawan yang duduk kuarter untuk cek punch kad dia.Memang confirm tak datang,aku inform pada ketua unit kerana tidak mahu dimarahi kerana ketidakhadiran manusia ni.Gara-gara dia semua kami apabila bertugas sebagai staff on duty kena laporkan setiap masa apa yang klien lakukan semasa ketiadaan staff lain.Haru, habis data internet gara-gara manusia tersebut.Dia dinasihatkan supaya tidak mengambil keja sabtu dan ahad kerana takut tak hadir lagi tapi dengan bangganya dia menjawab lebih baik tak dtg keja dari dtg tapi tido.Allahu,staff on duty ni keja dia mmg dalam standby mode disamping memantau aktiviti klien.Kalau macam aku akan duduk dipejabat kadang kala terlelap jugak namu walkie talkie sentiasa didengari.Rupanya dia tak rasa bersalah dengan ketidakhadiran dia yang dah menyusahkan orang lain.Kadang alasan lupa yang diberi tapi takkan setiap bulan Allahu ,inilah manusia yang menjadi ujian pada yang aku dan orang lain.Kadangkala memang malas nak tegur dah apabila keja yang dia buat salah.Lebih suka perbaiki sendiri tapi itulah manusia macam ni bila dibiar akan terus rasa apa yang dia buat tu betul.Sampai satu tahap dia ni dah buat aku stress tapi dia ermmm entahlah.


Ya Allah aku tahu setiap yang terjadi adalah ujian dan kasih sayangMu, kuatkan aku dan jadikan aku orang yang sentiasa bersangka baik.

Image result for gambar emoticon

Comments

Popular Posts