Mood yang Melayang

Bismilahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan nyawa dan diri ini dari yang Maha Esa.Syukur kerana masih boleh menjalani kehidupan yang berliku ini dengan baik.Lama jugak tak menaip lepas Raya Korban hari tu.Ada menaip tapi aku rasa isi tulisan aku berterabur kihkihkih.So hari ini terasa nak menaip kerana kemarahan yang terhasil pagi tadi.Aku punya big bos dah cuti 2 bulan untuk mengerjakan haji.So dah 3 hari dia masuk keja.Hari ni melalak2 timbalanku suruh masuk morning meeting klien sapa yang free katanya.Walaupun aku ni sebenar ada keja yang timbalan tu bagi rasa tak sedap hati pulak tak masuk sebab tau big bos aku masuk.Masuk2 je big bos aku dah sindir sebab morning meeting klien kosong tak ada staff...ermmm dia ingat staff ni pagi2 free sentiasa kot aku fikirlah ermmmm...Ada PRS yang tak ada keja hakiki pun tak masuk tak tegur pulak.Takpelah aku ambik positif lagi sampaikan aku bagitau buat jadual lagi senang supaya sentiasa staff yang pantau morning meeting klien kalau tak buat asyik muka yang sama je masuk.
      Lepas tu biasalah kalau big bos aku kalau dah mula bercakap banyak yang dicakapkan sampai kesatu saat dia nak tahu klien ni nak bantu siapa diluar untuk kepulihan.Jadinya adalah klien yang angkat tangan bagitau.Makin ramai pulak dan big bos aku mengarahkan untuk ambil nama tu jadi kami staff sorang2 mula cari kertas dan pen, yang aku jadi buat muka bila yang ada pen tak nak tulis tapi bagi kat aku.Apalagi big bos tengok dia soundlah aku , dia cakap depan klien2 ni aku marah ke.Allah aku bukan marah dia,aku terfikir masa tu ada dah staff sebenarnya yang dilantik untuk menjadi pegawai advokasi mencari siapa bekas klien yang jatuh diluar untuk menjalani kepulihan balik.Apa salahnya waktu tu cakap je ok pergi jumpa si polan untuk bagi nama siapa yang nak dibantu.Masa tu aku memang rasa panas sangat malu kot patut ke nak tegur staff macam tu.Klien2 tu tak nampak kot aku buat muka jadi kenapa nak bagitau klien aku ni buat muka.

      Aku jadi tambah bengang bila pegawai yang sepatutnyan bertanggungjawab tu buat bodo dan ditangan melayan phone aje.Itu tak nak tegur pulak.Allah ,dari rasa bengang akhirnya kau rasa nak nangis dan rasa nak lari jauh2.Penat kot asyik kena buat keja org je.Walau kadang bisik hatiku mengatakan takpelah selagi mampu tapi jadi keterlaluan pulak.Ya Allah kuatkan hatiku ini.Aku ni biasalah akan jadi overthinking selagi tak ada apa yang meredakan apa yang aku rasa.Takpelah wahai diri bersabar dan terus kuat.Usai solat zohor tadi aku sedekah Al-Fatihah buat big bos ku itu lebih menenangkan aku rasa Alhamdulillah.

Image result for word of motivation

Comments

Popular Posts