Muhasabah Diri Pendosa


Image result for gambar persahabatan yang indah

Bismillahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman serta kesihatan yang baik.Sungguh nikmat mana yang nak kau dustakan 😊.Alhamdulillah dengan kehidupan yang ada,dengan apa yang ada disisi. Siang dan malam tetap bergerak, 24 jam tidak akan ada lebih jamnya walau apa pun yang kau lalui.Minggu lepas selesai dah majlis sahabat yang aku anggap macam adik aku sendiri.Aku yang berdebar lebih he3 belum adik sendiri yang kahwin.Alhamdulillah sekali lafaz dan majlisnya jua lancar biar pun simple dan sederhana sahaja.Syukur permintaan pengantin juga dilaksanakan jua order untuk popia aku siapkan,harap2 ada rezeki lagi lepas ni.Dalam aku risau pasal kewangan untuk kemajlis sahabatku itu Allah hadirkan hambanya untuk ajak aku sekali pergi jadinya aku boleh berjimat disitu,Alhamdulillah.

      Itu cerita bahagia orang yang buat aku jua bahagia.Namun ada yang sakit hati dengan kebahagiaan orang lain.Sungguh aku terkejut kerna orang itu orang yang rapat dengan aku.Tempat aku bercerita ,bergossip dan sebagainya.Ermmmm kisah 'APC' yang sekarang ni buat aku nak tergelak pulak,aduyai aku sendiri pun tak faham sampai sekarang ni tercari-cari untuk jawapan kenapa.Tapi yang pasti bila ada hati yang hitam memang kita tidak akan dapat melihat orang lain mendapat kebahagiaan, yang kita nak kita aje senang dan bahagia orang lain tak boleh.Aku pun tak faham kenapa boleh macam tu sedangkan kita ni baik ya amat kat dia.Tak berkira bila diperlukan , bukan nak mengungkit tapi rasa pelik dan disitu timbulnya soalan kenapa.Isu 'APC' ni takkan senyap selagi aku tak naik pentas ambik he3.Boleh org tu bgtau yang aku ni tak pasti lagi dapat sebab surat tak terima pun mandai2 je admin bgtau kat aku ni,sampai org tu boleh cakap malu nanti kalau surat keluar nama tak ada dan dia cakap tak amanah sapa yang bgtau aku tu.Apalagi gelak besarlah kitaorg ,kakak admin tu bgtau dan 21 tahun aku keja,bila mana HQ mintak salinan ic dan gambar itulah org yang akan dapat.Aku bgtau maybe untuk benda lain kot utk senangkan hati org tu....he3 ini memang lucu,aduyai sampai macam tu sekali pengharapan dia pada 'APC'.Org yang sama jugaklah yg pernah jadi kawan yang rapat pada sahabatku yang kawen mgu lepas.Dia boleh tak dtg kenduri tu dengan pelbagai alasan walhal dia ada satu alasan je iaitu dengki dan sakit hati orang lain bahagia.Aku sendiri tak faham aduyai sahabat ni dah banyak tolong dia kot dia blh buat macam tu.Sampaikan aku naikkan post dalam facebook dia cakap aku bodoh sedangkan post tu tak mention nama dia pun.Kat situ aku terasa ada org yang tempat aku bercerita yang menyampaikan kat dia.Aku jadi keliru sekejap nak percaya kat sapa utk meluah.Takut jadinya lebih baik diam je.Peristiwa2 yang jadi sejak kebelangkangan ini buat aku jadi takut untuk baik dengan sesiapa.Aku jadi keliru kenapa kita ni baik kat dia , dia boleh buat kita macam tu.Punyalah kita ni percaya kat dia tapi balasannya dia burukkan kita depan bos kita uishhhh sedihnya.


     Jadinya aku muhasabah diri aku yang pendosa ini,aku juga bukan manusia yang sempurna yang tidak berbuat salah,aku ini ada dosa yang aku buat namun aku tidak bangga dengan dosa yang aku buat tu,malah aku cukup takut dengan balasan Allah kelak.Tapi dalam satu2 persahabatan belum pernah lagi aku sakit hati melihat diaorg bahagia,cuma ada rasa sebak memikirkan bilalah sampainya masa bahagia untuk aku...In Syaa Allah janji Allah itu pasti cuma yang perlu aku perbaiki diriku sendiri 😍.Ini pengajaran buat aku supaya tidak salah pilih kawan lagi...In Syaa Allah kalau salah lagi ujianlah tuuuuu ok adiossss amigos....Dhuha kejap


Comments

Popular Posts