Ganti Puasa

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam buat diri pendosa ni.Alhamdulillah semalam dah masuk Rejab,syukur padaMu Ya Allah kerna memberi nafas ini bagi bertemu kembali Rejab semoga diberi peluang bertemu Syaaban dan Ramadhan.Baru mula nak ganti puasa semalam walau ada rasa sedikit cuak disebabkan sakit yang ada.Ya may be org lain nampak sakitnya sikit tapi bagi aku dah cukup aku rasa hilang nikmat dalam diriku.Rasa tak sanggup nak lalui rasa sakit tu lagi tapi ku gagahi untuk ganti puasa sebab itu kewajipan buat ku dan sekali gus nak tengok macam mana nak tempuh bulan puasa nanti.


        Pagi Alhamdulillah dibangun sahur,tapi tahap ngantuk tu hanya Allah yang tahu.Pagi2 aku dah rasa kat perut tapi kuatkan semangat teruskan jugak.Pergi Majlis Ilmu aduyai kelaut mataku sampaikan kawan sebelah dok cuit,malunya rasa 😂.Balik dari majlis ilmu,rehat teruslah aku tido aduyai dah mula cabarannya,selalu tak ada rasa selemah ini tapi kali ni aku rasa sangat lemah dan perut ku keras semacam.Ada kawan yang bagitau 1st day puasa,aku senyumkan aje sebab selalunya sebelum ini kalau 1st day puasa aku hanya akan lemah waktu pagi lepas zohor aku akan rasa ok.Kali ni makin kepetang makin teruk aku rasa.Namun aku teruskan jugak.Alhamdulillah sampai ke petang ,hujan lebat petang semalam aku berenti dulu kat rumah kak Dila sebelum balik kerumah.Cuak dengar petir yang sambung menyambung dengan angin yang agak kuat semalam.Rupa masa angin kuat tu,satu pokok dah tumpang kat rumah staff tempat aku kerja.Allahuakbar kesiannya,cedera sikit staff tu.Sedih pun ada aku rasa sebabnya setiap minggu kat tempat kerja ni ada bencana masa hujan.Itulah ujian rasanya buat kami semua,trauma jugak dibuatnya.Alhamdulillah ada bantuan buat staff itu...

       Ok sambung balik setelah aku balik kerumah singgah beli makanan nasib ada jual pisang kat kedai yang berhampiran dengan rumah sebab teringinlah pulak puasa2 ni.Aku belikan nasi kosong,ayam goreng kunyit dan sup kosong kalau ikut kan bila sakit ni macam2 tak leh makan.Balik kerumah makin hebat dugaan nya.Muntah sebelum berbuka kepala dah rasa berat,azan je aku minum air kosong je dulu.Pelan2 makan pisang pastu baru nasi itupun aku makan dengan sup kosong je sebab ayam tu aku rasa tak leh nak telan.Nak solat kena mandi dulu aduyai bila diserang sakit ni,aku jadi gigil dan memang rasa demam.Aku gagahi mandi dan solat ,Alhamdulillah selesai,Tido awal sebelum tu telan lagi pil sebab suhu badan tiba2 naik.Tido malam tadi pun tiba2 rasa sejuk gila Allahuakbar itulah ujian.Agaknya aku dah terlalu jauh dari Allah sebab tu sakit yang aku rasa lebih sakit dari biasa.Namun aku gagahi juga kehidupan tak guna nak salah kan sesiapa kerna apa yang berlaku adalah salah diri sendiri.Harapanku agar Allah memberi kesempatan untuk aku bertaubat dan kembali ke jalanNya kerana aku mulai merasai nikmat hidup ditarik satu persatu.Ya Allah hanya keampunan dan kerahmatan Mu yang aku harapkan.😌

Image result for pemandangan yang indah di indonesia

Comments

Popular Posts