Kemaruk...Terdesak....Kurang Kasih Sayang.....

                              Ingin ku Gapai Bintang Dilangit
                              Apakan Daya Tangan Tak Sampai
                              Ingin ku Jadi Milikmu Tiap Saat
                              Apakan Daya Kamu Milik Ilahi


Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam buat diri pendosa ini.Lama jugak tak ke blog ni,nak menaip je ada keja nak dibuat,jadi nya kena tangguh.Pagi ni agak lapang sikit jadi aku decide nak menaip.Alhamdulillah masih diberi kehidupan hari demi hari walau penuh dengan kesunyian dan kehampaan.Hidup kena diteruskan kerana amanah yang telah diberikan padaku.Hidup masih pada keadaan yang biasa ,cuma ada berita yang gembira sikit aku mendapat 'Anugerah Cemerlang Perkhidmatan' tapi yang sedihnya ianya hanya berita gembira untuk aku tetapi sedih untuk orang yang ada dikeliling aku.Aku juga pernah pertikai kalau yang kejanya biasa2 tetapi dapat 'APC' ni namun aku tidak sampai pertikaikan keja orang tu ke peringkat bos.Siapa kita nak pertikai keja org sampai ke tahap tu.Sapa kita nak pertikai kerna 'APC' bukan kita yang menilai tetapi diperingkat atasan yang menilai.Sungguh aku rasa terkilan bila aku tahu orang yang rapat dengan aku yang pertikaikan keja aku.Walhal selama ini aku tidak pernah nak pertikai keja dia...kenapa pertikai keja aku.Aku tak terfikir pun dapat 'APC' tahun ni kerana aku memang ingat dia atau rakan sekerja yang sorang lagi akan dapat kalau dipilih dari segi senioriti.Namun itulah rezeki , aku antara orang yang dapat.Berita yang gembira jadi sedih buat aku kerana pemilihan aku telah jadi isu pada dua orang ditempat kerja aku.Aku jadi lebih terkilan lagi sebab dua orang itu adalah orang yang rapat dengan aku ditempat keja , yang tau aku keja macam mana tahun lepas.Kenapa diaorang nak pertikaikan.Andai orang yang tak rapat dengan aku ,tak adalah aku terasa sangat tapi ini orang yang keluar makan,yang sometimes share tentang diri masing-masing.


        Sungguh part untuk memilih kawan ini aku gagal ,aku seringkali buat baik pada yang orang yang salah.Seikhlas hati berkawan pada senang dan susah tapi tak semestinya kawan itu ada masa kau gembira dan sedih.Hendakku jauhkan diri ada yang menasihat buat macam biasa je walau hanya Allah yang tahu remuknya hati bila tahu kawan itu sampai jumpa bos dan bertanya kenapa dia tak dapat dan kenapa aku yang baru 2 tahun kat sini yang dapat.Sampai dia nak tukar unit keja gara2 nak dapatkan 'APC' tu.Besar sungguh penangan 'APC' ni,kawan pun boleh jadi lawan.Sampaikan yang sorang lagi tidak menegur aku gara2 sakit hati aku yang dapat 'APC' ni. Baru satu kegembiraan yang aku dapat namun bahananya buatkan aku tidak tido malam.Kenapa tak boleh rasa gembira dengan apa yang aku gembira.Kawan ni menghadapi musibah penceraian tahun lepas dan tahun yang sama dia kahwin balik dan dapat yang lebih baik.Ada jugak hati aku tertanya2 kenapa begitu cepat Allah hapuskan kesedihannya namun aku rasional balik bila fikir itu rezeki dia dan aku tumpang bahagia tak ada pulak aku nak sakit hati sampai tak ucapkan tahniah dan tak bertegur sapa.Pertikai dalam hati je.Bila part aku dia boleh pegi tanya bos dan buat muka masam dengan aku Allahuakbar.Hermmmm sabarlah hati semua ini dugaan mungkin ada yang lebih mengembirakan hati nanti.Keep on 'doa' ;).

             Itu kisah dua minggu yang lepas dan 'APC' tu belum pun aku terima he3.Sekarang ni agak busy menambah rezeki dengan buat popia cheese pedas....nak kejarkan tempahan akhirnya hujung minggu lepas aku diserang sakit ku balik ,Allahuakbar sungguh aku tidak boleh pulun macam dulu lagi nak berjaga malam atau perah sangat tenaga buat keja yang buat aku 2 hari tido saja.Bukan main2 rasa sakit sampai satu tahap aku terlelap begitu saja dengan popia ditangan punya lah sakit yang tak dapat ditahan2 lagi.Semalam nak kemana pun aku cancel aku hanya mampu tido yang penuh dengan mimpi.Nasiblah hari ni dah ok dan boleh datang keja macam biasa risau jugak kalau dah perut rasa tajam dan mula sakit kepala.Aku paling takut kalau sakit tu melarat.Seperti biasalah sakit nya sorang dan sihat nya pun sorang....ingin hati ada yang ambik peduli apakan daya hanya mampu rasa dalam mimpi :)


           Indah nya kalau yang dalam mimpi boleh jadi kenyataan tapi yalah nama pun mimpi :).Tabiat sekarang ni bila buat keja aku suka dengar lagu hindustan entah aku rasa terubat sikit walau hanya mampu berangan.Bukan benda yang mudah nak dapat lelaki yang betul sayangkan aku,yang ada pun aku nampak banyak yang hendak ambik kesempatan saja,namun aku reda dan berharap boleh jadi yang halal buat orang yang bernama lelaki itu he3 bilalah agak nya mimpi jadi kenyataan.Tengok hindustan ni aduyai romantisnya bukan jalang2 ,kasih sayang nya memang tak ada sapa yang boleh lawan.....cerita hasil dari rasa yang penuh dengan cinta tapi realiti ermmmmm 1:10000000 aku rasa.
Itutlah kehidupan yang harus aku lalui walaupun sekali sekala aku senang dalam mimpi dan angan2 aku hanya untuk menyenangkan hati yang lara.Hidup kena diteruskan dalam apa jua keadaaan.Hidupkan doa dan sentiasa yakin dengan takdir Allah taala untuk kita.Belajar dan terus belajar dengan ujian hidup yang pasti ada hikmah disebaliknya.Ya Allah berikan lah hati untuk terus yakin dengan kasih sayang dan rahmatMu...;)

Image result for gambar indah

Comments

Popular Posts