Kematian Yang Semakin Hampir

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nafas dan nyawa yang Allah bagi untuk satu hari lagi.Hidup.......semakin hampir dengan mati....bekalan aku rasa berat nya ke Neraka.....adakah aku tidak takut......Ya Allah hanya Kau tahu betapa lemahnya hambaMu ini...satu kehidupan yang ada bahagian aku sendiri tidak mahu ianya berlaku namun ianya berlaku jua.....Salahkah aku untuk mengikut takdir yang ada...kerana aku melihat semakin aku merangcang semakin lain jadinya jadi aku hanya berserah pada takdir yang Allah sudah rancang....mengingat pada kematian satu hal yang amat menakutkan kerana aku tahu aku hamba yang banyak berdosa sedikit amalannya.Mati itu pasti dan mati itu benar.Seringkali aku pertikaikan kenapa jodohku terlalu lambat tanpa memikir mungkin kematian dulu yang menyapa.Leka mencari kebahagian yang tak kunjung tiba tanpa aku sedar mungkin tarikh kematian itu semakin hampir.Ya Allah sungguh aku leka sungguh aku terlalu mengejar dunia.....Apa daya aku Ya Allah aku hanya insan biasa yang penuh khilaf yang sentiasa memerlukan bimbingan Mu.
           
       Tahun akan bertukar baru hanya dalam beberapa hari lagi,dan umur ku jua semakin dekat dengan kematian.Bila ku toleh kebelakang,Allahuakbar sendikitnya amalan ku selama ini.Mendambakan menjadi seorang isteri dan ibu untuk memperoleh banyak pahala akhirnya membuat aku mengutip dosa yang berbakul.Keinginan nikmat kasih sayang sebuah keluarga membuat aku semakin tersisih sendiri ,semakin ketakutan kerana keseorangan semakin aku seorang......Mungkin nyawa ini semakin ke penghujungnya kerana itu semakin tiada yang ambil peduli wujudnya diriku...Ya mungkin Allah sudah tentukan mati nya aku nanti tiada siapa akan berasa kehilangan dan mungkin tiada siapa yang mendoakan .....mungkinnnnnnnn ....aku sendiri tidak tahu perancangan Allah yang Maha kuasa.

             Hidup setiap hari dilalui dengan kesedihan....cuba untuk membahagiakan diri dan positif semaksima yang boleh namun aku kalah dalam keadaan aku seorang....sapa yan mahu ambil tahu....:) tiada siapa pun...Allahuakbar sesedih seluka sesakit orang diSyria,Palestin dan tempat bergolak namun mereka sentiasa dimulut dan hati orang mukmin seluruh dunia,hidupnya bekeluarga,hidupnya dan yang disamping.....aku????? dalam tempat yang penuh dengan kasih sayang..aku masih lagi sendiri dan sendiri lagi...sampai bila dan bagaimana hanya Allah yang tahu....apa yang terbaik.....aku hanya mampu berdoa agar tahun baru ada yang baik sedang menunggu.


Comments

Popular Posts