DOA DAN HARAPAN

Bismillahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurnia iman dan islam dari Allah taala.Kehidupan seperti biasa cuma bebanan emosi yang semakin berat.Hari ni aje aku dah sakit kepala tengok peragai orang yang berkait dengan kerja aku.Kadang datang pagi penuh semangat dengan aura yang positif sampai je ke pejabat dah semua jadi negatif.Macam yang aku postkan yang terdahulu nak kita je faham tapi tak nak memahami.Jerebu-jerebu ni lagi cepat sakit kepala tapi Alhamdulillah hari ni hujan.

:) Semalam berhenti sebab hilang idea dah nak taip apa sedangkan dalam otak ni macam benang yang bersimpul tak ada jalan keluar.Tak ada kata nak cakap untuk membayangkan apa yang aku rasa sekarang ni.Hanya doa dan harapan yang mampu ada untuk aku teruskan hidup termasuk adanya mak dan bapa kalau tak entahlah aku tak tau nak teruskan hidup macam mana.Scary je rasa kalau fikir lama-lama dunia sekarang ni kalau tak kuat boleh mati bunuh diri.Nak mati pun perlu duit yang banyak, dah lah hidup hutang banyak cmne nak mati peningkan.Aku sebagai hamba yang sangat lemah tapi kadang culas jugak dengan tanggungjawab sebagai hamba.Aduyai kadang bila sangat2 penat ermmmm solat entah kemana dengan telekung2 aku boleh tido.Baru-baru ni aku memang sangat penat fizikal dan mental.Sampaikan tido aku boleh marathon , makan pun tak lalu.Sekarang ni dah sampai satu stage aku tak ada rasa dan motivasi untuk pergi keja.Tapi itu rezekiku untuk aku teruskan kehidupan kena rajin walau macam mana sekali pun.Aku sebenarnya jadi rimas dan pening bila mana bekerja dengan manusia yang hanya nampak salah orang lain je salah sendiri langsung entah kemana.Aku ni jugak kadang memang akan nampak salah orang lain tapi muhasabah balik diri sendiri jadi keadaan akan jadi baik balik.Ni tidak bila diri dah tak boleh tengok salah diri sendiri itu yang dok ulang mengata orang lain.Dalam percakapan ada sindiran dan semua nak kaitkan dengan orang yang dianggap salah.Tak pernah nak fikir kenapa orang tu marah tak pernah nak fikir nak berubah...aduyai kerana sikap orang lain aku yang jadi stresss....tapi bila fikir balik perlu ke ...itu yang aku bersyukur sangat bila aku  tak layan sangat orang macam ni aku rasa lega.Bila dalam kelompok orang macam ni aku diam aje sampai masa sesuai aku belah je dari group yang dok bercakap2 sindir2 ni.Banyak lagi benda lain yang perlu aku fikir....masalah diri sendiri pun tak selesai lagi kadang terfikir jugak sampai bila namun aku harus terus belajar bersangka baik pada Allah yang semua ini ada akhiran yang baik dari Dia...

Percakapan tak semudah Pelakuan....Ya aku boleh cakap camgini camgitu...namun untuk melaksanakan nya perlukan satu kekuatan yang sangat luar biasa....Dalam keramaian aku masih rasa sunyi apatah lagi bila aku dirumah lagi lah aku rasa kosong....Masa Raya Haji yang lepas memang sangat-sangat terasa aku memang sorang....sehari sebelum memang dah call family kat kampung namun bila pada hari raya tu sorang pun tak ingat kat aku....ambik side positifnya aku lah yang kena call tapi aku masih rasa aku ni memang tak ada kepentingan pada sapa2 pun dalam dunia ni.Sekarang ni memang sengaja tak call dengan kerap macam dulu he3 dan memang nampak aku memang tak penting kat sapa2 pun.Apa lagi bila klong tinggal sekali kat kampung sekarang ni mana nak ingat kat aku...itu keluarga sendiri yang macam tu...orang lain,kawan-kawan he3 jangan haraplah.Aku tak salah kan diaorang yalah masing-masing ada orang yang diaorang sayang ada family yang hendak dipentingkan....Aku ni siapa ermmmm harus sedar diri....tapi yalah aku hanya manusia biasa yang berkehendak diri aku dipandang penting oleh orang yang aku sayang....tapi itu masih dalam doa dan harapan yang belum kunjung tiba atau tak kan kujung tiba.....kena sayang diri sendiri kena jaga kesihatan diri sendiri seba aku kena sedar saki aku makan ke tak sapa nak ambil peduli...aku kena ambik tauk semua nya diri sendiri..kena kuat kena kuat kena kuat......

Dalam masa menaip ni pun rasa sebak aku datang....tapi aku kena tabah aku kena kuat..tak perlu rasanya aku nak meluah kat sapa2 apa yang aku rasa cukup Allah je...kena sabar dengan apa yang Dia tengah uji kat aku....Ya Allah aku bukan nak yang terlalu besar dan yang terlalu banyak...cukup buat aku seorang lelaki yang bergelar suami dan anak-anak yang kasih dan sayang padaku....dan menjadikan aku satu kepentingan tapi tak lah melebih2 pulak cukup seadanya....Ya Allah walau siapa pun bagaimana sekali pun orang tua ku , aku tetap sayang dan diaoranglah kepentingan aku walau waktu ini hati sedang berkecil hati....sabarkan diri ku Ya Allah tabahkan aku dalam apa jua situasi dan cabaran yang mendatang....Aku hanya hamba yang memang selayaknya diuji...dan DOA dan HARAPAN aku sentiasa ada untuk apa yang aku harapkan.....


Comments

Popular Posts