Desakan



Bismillahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat islam dan iman dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Hidup berjalan seperti biasa namun bebanan keja dan bebanan hidup kadang buat aku tak mampu untuk senyum...Seminggu ni jadi pembantu projek manager belajar untuk tidak merunggut dan kembali ingin istiqamah untuk buat solat-solat sunat.Alhamdulillah ada kesan yang aku rasa.Tenang walau pun kadang kala bergelora jugak.Hati ingin sangat supaya tidak merunggut satu pun pasal orang lain tapi kadangkala kerana karenah manusia lain aku jadi sangat penat.Tapi takpelah mungkin aku boleh belajar sikit-sikit dulu.Desakan hidup aduiii aku sendiri kadang mati akal....sejimat yang habis tapi ada keperluan yang aku terpaksa mohon pertolongan bapak....rasa bersalah sangat-sangat sebab aku sebagai anak yang patut tolong diaorang bukan diaorang yang tolong aku.Semuanya salah aku yang tak fikir panjang dulu tapi aku tak nak benda tu berulang ...Ya pasal duit ni semua akan menjauh dari kita terutama kawan ..... keluarga je yang boleh tolong saat memerlukan tapi sampai bila....aku sangat berharap kemarau duit ni akan berakhir aku tak nak mati dalam hutang yang bertimbun aduiiii...Ya Allah aku tahu ni jugak sebahagian dari ujian Mu...kuatkan dan tabahkan aku Ya Allah aku hanya hambaMu yang sangat lemah....jangan biarkan aku putus asa dengan rahmatMu....

kata bijak dalam bahasa inggris 8

Comments

Popular Posts