Teh O Nipis dan Biskut Kering

Bismilahhhirrahmannirrahim,Alhamdulillah kerna Iman dan Islam....dah kembali bertugas setelah lebih kurang 2 minggu cuti raya.Syukur kerna nikmat yang diberi Allah untuk bersama keluarga yang tercinta walau hanya 3 beradik je yang ada bersama di kampung. 2 kakak masing-masing beraya bersama keluarga mertua dan adik lelaki tak balik raya  kerana bertugas.Raya disambut seperti tahun-tahun yang lalu tak begitu meriah tapi suasana yang bahagia gitu... :) cukup menyenangkan dan rasa selamat bila ada bersama keluarga tercinta...ermmmmm balik-balik sini je terus dapat demam..aduhai malam tadi siap dengan hidung tersumbat, terima kasih kat Cikma sebab bagi petua Teh O Nipis dan Biskut Kering.Selera nak makan memang tak ada minum je teh o nipis dan makan biskut kering tu Alhamdlillah malam tadi boleh tidur dengan lena tapi telan juga pil selsema...kepala rasa berat dan lidah rasa pahit..Moga-moga dengan sakit ini Allah mengurangkan dosa-dosa yang telah dibuat.Kalau ikutkan aku tak boleh nak minum teh o ni sebab selalunya perutku akan masuk angin namun Alhamdulillah malam tadi Allah jadi kan  ianya penawar buat kesakitanku.Itulah kuasanya Allah, Dia yang memberi sakit Dia yang memberi penawar, kita sebagai hamba harus berusaha baru bertawakal....Ujian tak pernah kosong dalam hidup ni sama ada masa sihat masa senang masa susah dan apa jua keadaan namun sebagai hamba kena belajar sentiasa menerima dan reda dengan apa yang Allah dah tentukan......



Comments

Popular Posts