Memang Tak Ada Atau Terlalu Berat

Bismillahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan nikmat yang tak berbelah bagi yang Allah bagi pada aku.Diberikan kesihatan yang baik untuk melalui kehidupan yang penuh warna warni ni....ermmm tentang jodoh atau tuntutan perkahwinan kembali menghantui diri.Memang ada kala aku rasa kuat dengan keadaan yang ada namun jadi 'down' bila ada pihak-pihak yang merendah kaum yang tak kawen ni...Memang sebagai hamba aku jugak tidak mahu kembali pada Allah dalam keadaan bujang.Namun andai itu takdirNya apa kuasa aku sebagai hamba yang berdosa ini menidakkan.Tak faham bila ada seorang ustaz semalam memperkatakan tuntutan perkahwinan...Diceritakan mengenai pahala orang yang kawen dan bujang..diberitahu contohnya bila seorang yang bujang berbuat satu-satu kebajikan pahala adalah kurang daripada yang dah berkahwin...bagi aku bila ustaz itu bagitau macam tu seolah Allah tu tak adil bukan ke beza kita disisi Allah hanyalah Taqwa bukan beza dari segi kawen dan bujang....Mungkin ada manusia yang menidakkan perkahwinan tapi tidak aku betapa aku berusaha untuk jadi seorang isteri dalam dunia ni..Namun setiap hari aku belajar denagan ujian Allah ni tapi kenapa setengah-setengah pihak yang bergelar ustaz pulak tu bercakap tak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..Ada juga seorang Ustaz ni keluarkan pernyataan bahawa jadi perempuan Allah sayang  bila kecil ibu bapa yang jaga bila besar suami jaga namun bila dipersoalankan kalau yang dah tak ada mak ayah dan tak kawen adakah Allah tak sayang...disitu adil ke Allah....entahlah jiwa jadi kacau balik bila ada orang-orang yang mengeluarkan pernyataan macam ni...Terfikir didalam hati ni memang tak ada atau memang terlalu berat..Sebagai perempuan kalau lelaki tak ambik tindakan memang aku kena tunggu je.Risau dan susah hati tapi siapa nak ambik tahu...manusia keliling hanya tahu salahkan je bukan nak bagi jalan atau nak tolong.Aku sekarang ni hanya berserah apa-apa jadi aku tetap nak jadi hamba yang Allah kasih dan balik sana nanti dengan penuh kerahmatan....Ya Allah aku hamba yang sangat berdosa namun sentiasa mahukan pengampunanMu....



Comments

Popular Posts