Pemandu

Bismillahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dah seminggu berpuasa,bersyukur atas nikmat yang Allah bagi tanpa berbelah bagi...bulan Ramadhan bulan yang penuh keampunan dan kerahmatan.....namun kadang-kadang pada bulan ni kita boleh lihat peragai sebenar manusia.Pagi-pagi aku dah kerosakkan mood kerana pemandu...dah selalu kena tapi buat tak tau je..pagi ni yang boleh rasa nak luahkan kat sini sebab aku rasa bulan-bulan puasa ni kita akan lebih bersabar dan bertimbang rasa.Kes aku bila aku nak keluar satu-satu simpang sepatut nya kita akan tengok kiri dan kanan dulu barulah kita keluar.Ini yang jadi aku kadang hairan dan ajaib kereta kat belakang tak sabar-sabar nak keluar dulu......kadang aku rasa pelik bila kalut nak keluar macam tu aku ingat kereta tu akan sampai terus ke tempat yang dituju tapi kalau kalut macam tu sekadar kereta tu depan aku aje buat apa....aduhai bulan puasa ni takkan tak boleh nak sabar kalau ia pun dah lambat buatlah cara dah lambat ni tak pasal-pasal kita yang dalam bahaya dek kerana pemandu yang tak sabar...selalu aku buat tak tahu pagi tadi haa...tu dia aku tertekan hon yang paling tak syok nya simpang dalam taman je pun itu pun nak kalut ke....sungguh tak faham adakah kerana ada setengah pemandu yang memandu kereta mahal maka dia akan rasa jalan tu dia yang punya ke.....kita ni sama aje pengguna jalan raya maka bertimbang rasalah kadang kerana kita orang lain yang mendapat bahaya tak ke kita berasa takut lebih-lebih lagi kalau kerana kita orang lain yang dapat kemalangan tak ke rasa bersalah...namun aku perhatikan manusia sekarang kurang ada rasa kat orang lain semua main belasah je.Semua main ikut peraturan sendiri bila dah kena musibah hanya tahu menyalahkan orang lain sedangkan salah tu datang dari kita sendiri..ermm....tulisan ni bukan hanya nak mengingatkan orang lain tapi diri ku sendiri..aku pun perasan kekadang aku juga jadi tak tentu pasal di jalan raya kerana orang lain..dek kerana nak berhati-hati diri sendiri yang terkena...Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambaMu ini semoga Ramadhan ni penuh barakah buat kami....


Comments

Popular Posts