Hidup Penuh Kejutan

Bismillahhirrahmannirrahhim,Alhamdulillah hidup masih dalam nikmat Allah s.w.t yang tidak ada kurang sikit pun...lama juga tak mencoret dalam blog ni dek kesibukkan dunia yang tak akan habis hingga nafas berhenti.Hidup berjalan macam biasa cuma agak berubah sedikit ada yang ambil berat namun hati tak berani nak berharap sangat...kebelakangan ni hidup seakan banyak kejutan...itulah hidup kita hanya mampu merancang Allah jua perancang yang terbaik....kadang kerana tu aku tak berani nak merancang apa-apa just follow the wind (betul ke apa yang aku cakap ni :) ). Dah lepas 2 minggu balik dari kampung sebenarnya lain sikit balik kali ni sebab ada yang bersama balik.Alhamdulillah mak dan ayah boleh terima dan satu keluarga senang dengan dia....semua dah lancar dipihak aku.Aku tak tahu belah dia lagi...susah hati juga dia tak cakap apa-apa lagi.Takkan perempuan nak cakap lebih-lebihkan..kena jaga tatasusila...he3 yalah sangat....apa kesudahan hanya Allah yang tahu aku serah sepenuhnya pada Dia....Ramadhan dah dekat tinggal 2 -3 hari je lagi persiapan aku macam tahun-tahun lepas juga tak ada yang istimewa cuma sentiasa berharap aku dapat buat lebih amalan tahun ni dan berusaha jadi baik...Ya Allah ampuni hambaMu ini...


Comments

Popular Posts