Maaf Dan Lupa

Bismillahhirrahmannirrahhim,Alhamdulillah diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan sekali lagi,terima kasih Ya Allah kerna nikmat islam dan iman dariMu...Masih berpeluang untuk mengerjakan sunat terawih walau hati amat sayu kerana sekali lagi berpuasa diperantauan dan masih sendiri..mungkin hingga akhir hayat, aku belajar untuk reda dan lebih reda dengan takdir hidup yang Allah beri pada ku...siapalah aku untuk melawan apa yang telah ditentukan olehNya...aku hamba yang amat naif yang hanya mampu merayu dan memohon dalam setiap doa-doaku....aku pasrah kiranya aku terpaksa melalui kehilangan lagi kali ni...
Maaf dan lupa, dua perkara yang akan aku belajar untuk menghadapi kehilangan kali ini....belajar untuk memaafkan apa jua yang telah dibuat,aku rasa aku dah buat sehabis baik untuk orang yang aku dah mula sayang dan kasih..namun sebagai hamba yang amat lemah dan hina aku tiada daya melawan kalau tiada balasan kasih dan sayang buat aku....mungkin aku masih belum layak untuk dikasihi.Jiwa yang amat sedih dan lara aku gagahi jua untuk nampak bahagia...teringat usikan makcik di masjid malam tadi dengan senyum nya dia bagitau dah ada bau nasik minyak....aku hanya mampu tersenyum....ada ke bau itu untuk aku hanya Allah yang Maha Mengetahui...belajar untuk sentiasa tersenyum walau hati remuk....jalan yang aku ambil dah jauh bagiku...harapan dah diberi dah masuk  60% tapi hatiku tertanya kenapa tiada matlamat dalam hubungan tersebut..harapan bukan buat aku seorang namun dah melibat seluruh ahli keluargaku....salah ke jalan yang telah aku ambil mencintai tanpa meletakkan sebarang syarat hanya semata-mata yakin bahawa pilihan Allah itu yang terbaik....namun kisah lama juga masih diingati kisah lama juga masih ditakuti...aku juga punya kisah silam bukan sekali aku menghadapi kehilangan dan dibohongi...namun aku sentiasa bangkit kembali dan sentiasa mencari orang yang benar ikhlas dengan aku.....aku belajar memberi peluaang pada diri dan orang lain.....kesungguhan dan keikhlasan dah aku tunjukkan..apalagi aku sendiri tidak tahu dan tidak faham....aku hanya perempuan yang hanya boleh menunggu..namun haruskah aku menunggu satu hubunngan yang tidak diberi satu jaminan pun.....
Ya Allah ampuni hambaMu ini..mungkin ini khilafku Ya Allah khilaf yang kadang diriku sendiri tidak tahu.....Ya Allah kuatkan aku dalam menempuhi ujianMu..berikan hati yang sentiasa memaafkan dan melupakan kejahatan orang padaku..Ya Allah aku hanya hambaMu yang teramat lemah yang memerlukan Mu dalam setiap nafasku.....

Comments

Popular Posts