Cinta Hati

Alhamdulillah masih diberi Allah s.w.t nafas untuk hidup menikmati rahmatNYA.Hari ni pergi majlis ilmu di Masjid KLIA.Seronok banyak ilmu yang diperolehi.Akhirnya jawapan soalan hatiku terjawab.Allah bukan menilai kita dari segi adanya jodoh,adanya anak atau apa jua dalam diri kita.Sesungguhnya Allah menilai kita dari segi kita mengingati Allah dan Rasul dalam setiap ibadat kita.Terisi rasa jiwaku dengan selawat kepada Rasul.Ya Allah aku pohon padaMu agar diberi hati,hati yang mencintai Rasulku dan Engkau Ya Allah.Seseungguhnya hidup ini adalah semata-mata kerana menjadi hambaMu yang taat.Tanpa aku sedar selama ini apa yang Rasul bawa selama ini adalah untuk kita merasai cinta pada Allah.Pada mulanya kita kena mencintai Rasul baru kita boleh merasai cinta kita pada Allah.Sambil-sambil tulis ni dengar Ustaz Kazim bagi ceramah aduhai hati ku start risau lagi bila mana dia cakap siapa yang memutuskan silaturrahim amalan nya tidak diterima.Bagaimana aku dan sahabat ku itu aduhai bila fikir boleh stress biarlah dulu bukan aku tak mau berbaik tapi.....eh..eh..tajuk lain cakap pasal lain pulak..he..he..aku nak cerita sikit pasal cinta hatiku.Tadi tengok gambar dia kahwin sweet sangat.Aku belajar untuk sangat-sangat menerima keadaan itu walau aku sedih dan amat terluka namun aku doakan dia bahagia dunia dan akhirat.Aku ni pelik bila hatiku dah suka aku susah nak lupakan sampaikan difikiran ku kalau apa2 jadi pada dia aku sanggup terima dia walau dia dah mengecewakan aku.Aku pegang pada kata pepatah "Bila kita boleh rasa bahagia dengan kebahagiaan orang lain maka itulah sebenarnya kebahagiaan kita".Ya Allah jadikanlah hati ini hati yang reda dengan segala ketentuanMu.CintaMu lebih dari segalaNya

Comments

Popular Posts