Aidilfitri 1433H

Sudah masuk 10 syawal 1433H.Alhamdulillah Syawal disambut dengan penuh kesederhanaan.Walau ada duka dihati masing-masing namun keceriaan tetap dipamerkan.Syawal ini si adik tak ada dipagi Syawal kerana mengikuti kursus si kakak yang no 3 beraya di Sabah.Namun begitu raya ini tetap meriah dengan kehadiran anak-anak kakak yang no 2.Tak menang tangan asyik gelak je sampai sakit perut.Hati ini ada juga rasa sayu kerana masih sorang manyambut Syawal namun aku reda dengan ketentuanNya.Aku belajar setiap hari supaya hati ini sentiasa bahagia melihat orang yang tersayang bahagia.Apalah ada dengan sakit hati sebab bila kita biasakan hati kita sakit melihat orang lain bahagia maka hati kita yang akan sakit tapi orang tu tetap bahagia.Oleh tu senang kan hati dengan kebahagiaan orang yang kita sayang supaya bahagia tu juga milik kita.Masih bercuti lagi dikampung bahagia tak terkata,tu yang jarang online dan update blog ada aje yang dibuat dirumah sendiri dan masa juga tak terasa.Berat badan juga tak terasa naik nya ...he..he..he...makan tak ingat dunia aduhai bila mak yang masak hanya ikan bilis pun sodap...dalam keindahan hari raya ini sabtu lepas aku menerima berita sedih juga.Seorang staff kami telah meninggal dunia tak sempat nak ziarah sebab kat kampung lagi semoga roh nya dicucuri rahmat.Apa pun kita juga pasti kesana cuma tak tahu bila je.

Comments

Popular Posts