Tambahan Beban Kerja

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan nikmat Islam dan Iman untuk pendosa ini.Dah masuk bulan ke-2 tahun 2020.Kehidupan yang biasa-biasa namun nikmat dari Allah taala terlalu banyak untuk disiakan.Hari ini mesyuarat kakitangan yang pertama buat aku ditempat kerja.Pengurusan baru dah buat rotation keja yang dibincang dari tahun lepas namun hasil nya bagi ku banyak nampak nak pendajal sesetengah orang bukan nak buat orang keja sebaiknya.Asyik sebut beban keja aku banyak tapi kenapa menambah beban keja aku dan bukan mengurangkan.Dah tahu kerja aku tu bersambung dan berkait kenapa diceraikan.Fail - musterlisting-pengagihan kaunselor-masuk sistem.Faham ke tak faham.Tak faham tanyalah bukan main hentam je mengagihkan keja.Apa bila kau bekerja mengikut kata penjilat dan ikut sakit hati ko memang orang lain akan jadi mangsa.

    Aku memang rasa terbeban dengan apa yang orang atasan aku dah putuskan bukan hendak membangkang namun rasa dianiaya.Orang lain semakin sedikit kejanya aku? semakin bertambah.Pegawai Asrama bukan satu kerja yang sedikit banyak benda yang kena handle.Bukan setakat ko nak memenuhi keperluan harian klien namun kadangkala emosi klien pun kau kena ambil tahu.Tak fikir ke ada ketua unit yang tak berapa nak bijak dan suka dengar cakap orang memang akan memeningkan kau.Dapat ketua unit yang tak faha, flow keja kau memang akan menyusahkan kau.
Allah apa yang aku nak cakap lagi,nak melenting aku yang akan nampak jahat ,nak bersuara lebih orang memang akan cop kau  jenis nak bangkang je.

   Cakap banyak fikir banyak aku yang akan sakit jadi berlapang dada dan be happy dengan keja baru.May be Allah nak tambah pahala kan ,Sangka baik ,fikir baik ,In Syaa Allah akan datang yang baik-baik.Bagi yang sengaja membebankan ingat Allah taala tahu apa yang kita buat.Ya Allah aku mengharapkan kekuatan dari Mu,Hati yang lapang,Hati yang menerima apa jua cabaran didunia dengan tenang.Sentiasa berharap Allah sentiasa membantu aku.



Image result for gambar bahagia

Comments

Popular Posts