Sesuatu Yang Pasti

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam bagi pendosa ini.Alhamdulillah diberi terus bernyawa dan menikmati nikmat Allah Taala yang free ni.Masuk tahun 2020 ni aku menerima berita kematian lebih dari sekali.Dalam masa 2 minggu ni 3 orang.Walaupun tak kenal cuma orang itu adalah keluarga pada sahabat dan artis tanah air.Namun apabila berita kepulangan hamba kepada penciptaNya aku jadi takut.Ya aku takut sebab aku tahu aku masih banyak dosa dan dengan keadaan sekarang aku takut untuk dipanggil pulang.Ya Allah sangat banyak dosaku bagilah aku sempat untuk bertaubat atas dosa-dosaku.

     Betapa singkatnya hidup kita apabila difikirkan sungguh kematian itu pasti akhirat itu pasti.Sesuatu yang pasti kenapa harus kita takut.Allah sungguh aku hanya hamba yang sangat lemah memang aku akan takut walaupun tahu hakikatnya kematian itu pasti pada setiap yang hidup.Minggu lepas pelawak abam bocey meninggal dalam tidur setelah mengadu demam,semalam pelakon asraf schlair meninggal juga dalam tidur dikatakan jantung.Yalah sebenarnya waktu diaorang dah sampai apapun sebab itu hanyalah asbab pada masa yang Allah sudah tentukan sejak kita Dia cipta lagi.

     Sebagai hamba cukup ke amalan Allah memang apa pun rasa memang kita akan rasa amalan kita tak cukup.Sentiasa takkan cukup.Cuma sentiasa ingat untuk bertaubat dan sentiasa melakukan perkara wajib untuk kita sebagai hamba Dia.Bukan semudah kita menyebut dengan mulut bahawa kita akan mati.Bukan mudah, Allah sedangkan Rasulullah kekasih Allah pun merasa sakit saat kematian dia ini kan kita hanya hamba biasa yang penuh dengan dosa.Semoga semua urusan kita dunia dan akhirat dipermudahkan dan kita kembali kepada Allah dalam keadaan husnul khotimah.

   Sebak dan sedih melihat orang yang ditinggal kekadang membuatkan aku terfikir adakah aku akan kuat dalam menghadapi situasi sebegitu.Allah sungguh semua hanya pinjaman waima nyawa kita pun hanya pinjaman yang penting jangan sombong dalam kehidupan sebab nyawa kita pun Allah yang pinjamkan.Teruskan kehidupan dengan sederhana dan sedih itu boleh cuma jangan keterlaluan.Pastikan doa kita sentiasa untuk simati.


Untuk aku memang kadang aku sangat-sangat takut dan sedih sebab kalau mati aku tak ada anak yang nak mendoakan aku.Amalan lain pun belum tentu ada Allah miskinnya aku.Semoga ada kebahagian buat ku sebelum akhir hidup aku didunia ini.
Image result for gambar kematian

Comments

Popular Posts