Kisah Yang Ku Inginkan

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan Iman ini.Alhamdulillah ,syukur dengan kehidupan yang ada 😍.Syukur dan terus bersyukur walaupun kehidupan tidak memenuhi apa yang diinginkan.Lama juga tak mencoret dalam blog ni bukannya sibuk mana  namun kadang rasa kosong yang amat sangat dan tak tahu nak mula menaip apa sedangkan macam-macam ada dalam kepala ni he3.Hidup dillalui seperti biasa walau hari yang datang tu bagai ribut namun aku kuatkan hati dengan mengatakan ianya akan berlalu jua akhirnya.Ya jiwa ini ada pasang surutnya,Kadang rasa terlalu tenang dengan apa yang jadi,kadang serabut sampaikan rasa dada ni nak pecah.

     Namun hidup ini masih macam biasa.Ya aku kena banyak-banyak bersyukur kerana hidup ini jauh lebih baik dari yang menderita sakit walaupun ada keluarga,dari yang miskin yang susah nak makan hari-hari,dari yang hidup ditempat yang asyik berperang aje.Ya kehidupan aku ini jauh lebih baik dari yang lain.Sungguh jahilnya aku sentiasa bersangka buruk dengan Allah sebab tu bila ada masa jiwa berkecamuk aku malas nak mencoret dalam aku tak mahu nak menulis yang negatif dah biarlah aku simpan sendiri dan biarkan ianya hilang terus.Marah,dengki dan sedih akan buat aku lebih sakit.Belajar untuk menerima dan berdamai dengan takdir sentiasa berdoa agar Allah memberi jalan keluar dengan siap masalah yang ada.Sekarang ni aku tengah fokus untuk kumpul duit dan bayar hutang-hutang aku.Walaupun belum berjaya tapi aku tak nak putus asa dan berharap orang yang aku berhutang tu boleh bersabar dengan aku.Aku tak ada niat pun tak nak bayar cuma aku belum mampu.


   Kadang terasa ya amat dengan manusia-manusia yang rasa diri nya baik ni.Memviralkan pasal siapa yang tak bayar hutang dan macam-macam lagi.Yalah tak merasa apa yang orang susah rasa memang kita akan sedap nak kata apa pun.Bila kita diberi ujian sentiasa tak cukup duit dan keperluan baru kita rasa apa yang orang berhutang kita rasa.Kalau part yang berhutang boleh beli macam-macam dan pergi bercuti tu aku pun tak setuju kena bayar hutang dulu.Namun yang memberi hutang tu jangan rasa diri dah bagus sangat sebab mampu bagi hutang kat orang.


   Itu pasal hutang,pasal tempat kerja ermmmm he3 tak habis2 tekanan kalau ikutlah namun aku mengambil jalan untuk let go je walau kadang hati rabak jugak he3.Berdepan dengan ketua yang terlalu memandang kuasa dan pangkat ,dengan rakan sekerja yang tidak banyak membantu,dengan lambakan keja yang kadang aku pandang sepi je.Semangat tu lari kemana entah aku pun tak tau.Sentiasa nak bersemangat tapi bila dah masuk keja dah dengar orang atasan marah-marah dan2 semangat aku lari tanpa bagitau he3.Namun keja tetap diteruskan sebab situlah rezeki untuk kehidupan harian.Kadang kena pekak kan telinga buta kan mata.Apa yang orang atasan cakap yang betul ambik yang salah dengar je.Sentiasa berdoa agar orang atasan ditempat keja berhati lembut dan sentaisa nak melihat masalah orang bawahan.

Itu pasal keja yang kadang tak boleh buat apa kena ikut arus orang atasan je paling kuat pun lawan dengan doa je.😊 Pasal hidup peribadi tak banyak yang berubah seperti umur yang dah makin meningkat dan semakin hampir dengan kematian.Sebut je mati Allah rasa takut nya usah ditanya kerana diri sendiri tahu betapa banyak dosa yang telah dilakukan.Tapi yang lucunya bila rasa buntu boleh pulak nak mati saat itu juga tak tahu kat sana lagi banyak cabaran dan dugaan yang ada sebelum pergi ke alam yang kekal abadi ,akhiran nya syurga @ neraka je.Apa yang diinginkan belum lagi Allah makbulkan kena terus bersabar walaupun kadang semangat tu dah sangat-sangat nipis.Ya teruskan bersabar kerana sabar itu tiada hadnya.Ada yang hanya berkata-kata sayang namun tiada perbuatan yang membuktikan sayang tu.Hanya ada waktu dia perlukan kita ,saat kita perlukan ermmm well kena terima kekurangan bila hati dah sayang.Walaupun kadangkala hati berkata-kata sampai bila namun tiada jawapan untuk semua itu kerana apa yang berlaku semua atas izin-Nya.Aku hanya mampu menempuhi dan meneruskan apa yang ada.Ya Allah walaupun Kisah yang Aku Inginkan tidak lagi berlaku dalam hidupku namun sebelum akhir hayat ku didunia ini aku masih berharap agar ada yang membahagia jiwa ini dan akhir nyawa yang baik buat aku,teman ku dan keluargaku 😍😍😍
Image result for gambar cantik

Comments

Popular Posts