Kisah Dari Mekah

Bismilahhirrahmannirrahhim, Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman buat pendosa ni.Malam yang sunyi seperti biasa aku hanya menonton tv sebab tak ada bahan untuk masak sesuatu.Menonton kisah dari mekah membuat hati diruntun sayu dan sebak.Hati mula berfikir layak ke aku jadi tetamu Dia.Allahuakbar bila melihat Masjid Nabawi tiba2 hati digambit rindu yang sarat.Airmata deras je mengalir mengingati dosa2 yang telah dilakukan.

    Malam ni kisah dari Mekah ni menceritakan tentang suami isteri lagilah hati dipaut kesedihan memikirkan bilakah waktu diri ini akan bergelar isteri.Perasaan yang terpendam sekian lama yang semakin hari memakan diriku sendiri.Kesunyian dan kekosongan makin mencengkam jiwa tapi Allah masih mahu menguji jiwa yang lemah ini.Aku belum boleh melihat hikmah atau aku sengaja tidak mahu faham hikmahNya kerana ianya tidak seiring dengan kehendak hatiku.Arghhhhh  aku tak tahu Ya Allah sungguh aku sendiri tidak faham apa hikmah takdir ini.

      Ya Allah aku hanya hambaMu yang lemah yang benar mengharapkan rahmat dan berkatMu.

Comments

Popular Posts