Hikmahnya Sakit

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam ada pada pendosa ini.Baru kembali bekerja hari ini setelah seminggu menanggung sakit yang bersambung-sambung.Sedikit trauma dalam diri ini.Risau kerana sedikit menganggu keja.Alhamdulillah hari ini kembali segar walau malam tadi tidonya tak berapa nak lena.Seminggu sakit bermula dengan naik tompok-tompok merah semacam bekas gigitan nyamuk,pastu tonsil bengkak dan akhirnya batuk dan selsema.Allahuakbar betapa kasihnya Allah pada pendosa ini,sakit ini mengingatkan aku yang semakin jauh dariNya,sakit ini membuat aku makin menilai diriku dimata org sekeliling.Ada yang dalam senyap menjauh,ada yang dekat tidak ambik peduli terus,ada yang ku anggap sayang padaku hilang entah kemana.Itulah manusia yang aku sentiasa harapkan perhatian dan kasih sayang tapi rupanya hanya Dia yang menyayangi.Hurm ....sakit buat aku lebih berpada-pada pada diri dan org sekeliling.

Tiada niat nak menyalahkan kurang perhatian dari org sekeliling sbb bukan aku pemegang hati korang , aku hanya boleh berharap pada yang tak pasti tapi Allah nak ingatkan aku pada kasihNya yang satu.Waktu ini yang terbaik ialah dekat padaNya.Dalam seminggu ni ,sakit ini didatangi jugak dengan mimpi-mimpi yang memenatkan dan pergi berubat lagi aduyai aku dah putus asa.Kalau sorang memang aku ni lambat nak bergerak...yang boleh aku usaha sekarang dengan mandian bidara je.Mohon padaNya dijauhi dari yang pelik-pelik ni.

    Malam tadi saja tidonya memang tak lena dek sebab mimpi yang berpanjangan buat aku takut pun ada.Haraplah ianya tidak berlarutan.Dah mula balik ada masa telingaku rasa panas je ermmm entahlah aku tak pasti kerana apa namun kali ni memang kesakitan yang aku rasa mengajar aku banyak benda dan aku berharap aku boleh istiqamah berubah kearah yang lebih positif dan aku masih mengharap cinta kasih sayang dari seorang suami he3 tak habis isu perkahwinan takpe nanti aku tulis banyak benda nak share kita makan dulu ya Ya Allah ampunilah aku pendosa ini....


Image result for gambar positif thinking

Comments

Popular Posts