Buat Jiwaku

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan.Wow satu hari sakit kepala ermmmm diluar kuasa aku bila dah sakit begini.Bila hati ku risau,jiwaku meracau makanya sakit macam-macam keluar.Ada saat dan waktu aku tidak mampu membuang rasa susah hati ku dan kerisauanku.Ya aku tahu aku kena yakin dengan pemberi rezeki dan pemberi jodoh yang semua dah ditetapkan namun jiwa yang lemah ini meronta-ronta bila dalam kesusahan.Bila aku tidak boleh sharing dengan sapa-sapa dan tiada sapa-sapa yang boleh membantu maka disitulah sakit nak keluar.Allahuakbar aku sendiri pun tidak mahu sakit ini tapi yalah bukan kuasa aku untuk menidakkannya kerna ni jugak satu nikmat dari Allah Taala.


 Jiwa ku terusik tatkala masalah wang datang lagi,kesakitan yang datang buat aku tidak mampu untuk mencari pendapatan tambahan namun aku tidak boleh menyalahkan yang Maha Kuasa kerana itu semua itu terjadi atas izin Dia.Mohon bantuan,namun siapa yang mahu menolong kalau sudah acap kali meminta dan tiada balasan sebaliknya maka kawan pun akan senyap.Ya sekarang aku percaya kawan dikala senang memang ramai namun dikala kita susah siapa yang nak rapat semua menjauh....tatkala diri ada harta aku yakin ramai yang akan merapat balik.Takpelah aku tidak menyalahkan manusia-manusia ini sebab yalah namanya pun manusia seperti aku lemah dan selalu kalah dengan nafsu namun yang bezanya takdir hidupku tidak seindah orang lain tatkala ada masalah atau ujian ada juga pelangi tapi hidup aku sampai sekarang pelanginya belum nampak :).Kena reda dan teruskan hidup walaupun hidup ini semakin hari semakin perit kena bersyukur walaupun kau akan mati dalam kesusahan.


  Bagaimana mampu untuk aku mengajar jiwa untuk positif andai hidup tidak sudah dilanda badai.Bagaimana harus aku ajar jiwa untuk senyum andai tiada benda yang membahagiakan ....ada yang kata bahagia itu datangnya dari diri,,,,,siapa yang boleh beritahu aku bahagia bagaimana andai nya hidup seorang jauh dari family dan duit yang sedikit.Bagaimana harus aku membahagiakan diriku dalam kehidupan yang aku rasa terlalu sunyi dan kosong....Allahuakbar salah ke apa yang aku hendak dalam kehidupan aku,matlamat untuk maju dalam kerjaya masih ditakuk yang lama,matlamat untuk menjadi isteri yang halal ,aku mudahkan namun Allah tidak mahu memudahkan lagi,Tiada jalan tapi yang pasti mati yang semakin dekat...namun jiwa masih tidak tenang dalam kehidupan...bagaimana aku boleh mengajar jiwa agar boleh hidup sendiri,boleh hidup dalam sunyi boleh hidup dalam tidak cukup makan dan pakai....Alahuakbar bagaimana nak mengajar jiwa melihat yang lebih teruk...


   Jiwaku melihat bila orang lain susah kurang-kurang kehidupannya ada keluarga ada isteri dan suami dan anak-anak.Jiwaku melihat ada yang tidak berkahwin tapi rezekinya dalam kerjaya membanggakan,jiwaku melihat ada yang sudah berdosa tapi Allah bagi satu kehidupan yang baik selepas bertaubat buatnya....sebab itu jiwaku meronta aku ni manusia yang teruk sangat ke disisi Allah hinggakan segala urusanku tidak dimudahkan Allahuakbar ampunkan aku Ya Allah dengan apa yang jiwa aku rasa.Ya Allah tolonglah aku mengajar jiwa ku yang semakin songsang ni.

Image result for pemandangan hijau

Comments

Popular Posts