Vaksin vs Antivaksin vs Ustaz Maggi

Bismilahhirrahmannirahhim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam buat diri pendosa ini.Alhamdulillah umat Islam menunaikan hari yang ke-20 Ramadhan dah,tinggal 10 yang terakhir mampukah kita mengaut sebanyak habis rahmatNya bulan ni.Ya Allah semoga kami diberi peluang untuk memanafaatkan sebaik baik bulan puasa ini.Aku Alhamdulillah sihat namun ibadat agak kurang dek nak buat biskut ermmmm semoga akhir ramadhan ini aku ada peluang untuk mendekatkan diri pada Ilahi yang dicintai.

Hari ni agak sibuk sebab tempat keja akan buat majlis berbuka puasa.Hari Jumaat yang penuh rahmat ini juga mendengar perkhabaran abang kepada kawan sekerja telah kembali kerahmahtullah.Wahhh aku mendengarnya terus terfikir orang ini mesti Allah sayang sebab meninggal dihari Jumaat dalam bulan puasa aduh nikmatnya hanya Allah yang tahu.Hari ni bukan nak cerita pasal kematian dibulan puasa namun adalah kaitan sikit he3.2-3 hari ni agak galak dalam media massa pasal vaksin dan anti-vaksin jua yang mengeluarkan pelbagai pendapat dan rasa.Bila dicampur2 menjadi bubur lambuk pun ada he3.Aku tak pasti sejak bila golongan anti-vaksin ni wujud yang aku tau ianya jadi terkenal bila baru2 ni ada baby dan kanak2 yang meninggal kerana penyakit yang wujud waktu tiada vaksin dulu.
Aku jadi agak geram dan rasa lucu pun ada bukan nak cakaplah yang anti-vaksin ni kebanyakan yang aku tengok jenis keagamaan sikit sebabnya bila diaorang ni meragui sumber vaksin tersebut itu yang wujudnya golongan anti-vaksin.

Aku ni taklah membaca sangat tapi aku lebih kepada apa yang aku lalui dan aku tengok.Ok kenapa vaksin mula diperkenalkan dan yang paling kena bersyukur sebab negara ni vaksin ni boleh didapati secara percuma rajin dengan tak rajin je nak pergi cucuk anak.Dulu ada beberapa penyakit yang berjangkit yang boleh menyebabkan wabak itu yang golongan2 dalam bidang perubatan mengkaji untuk mendapatkan ubat bagi menyekat penularan wabak2 ini.Contohnya dulu ada polio,campak,batuk kokol,difteria dan tetanus yang pernah jadi wabak yang kalau tidak kita sekat maka huru hara lah keadaan kita.Sebab tu vaksin diwujudkan ,yang aku faham badan kita ni nyawa kita ni kan amanah dan tanggungjawab yang Allah bagi dan harus kita jaga sebab tu bunuh diri tu berdosa besar disisi agama.Dah kalau kita ni anggap vaksin sesuatu yang berdosa adakah kita tak rasa berdosa dengan membiarkan anak-anak kita terdedah dengan bahaya.nanti sambung balik kena buat keja ni he3.

Alhamdulillah dihari dan jam yang baru he3 baru boleh nak sambung tulisan ni,Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik cuma semalam kena serangan gastrik walaupun rasa tak larat ku gagahi puasa sampai selesai.Gastrik yang pada mula sakit pada dada lepas tu sakit kepala ya amat aduhhh berdenyut rasanya Alhamdulillah lepas berbuka makan ubat rasa lega.Sahur memang kena makan ubat dan so far pagi ni rasa ok.

ok2 sambung pasal vaksin mevaksin ni.Nak tergelak pun ada pada golongan yang meragui vaksin dan jenis yang tak mahu menerima pendapat orang lain.Semahunya dia mencari pelbagai artikel nak patahkan hujan kita pasal kebaikan vaksin.Aku bila dah tengok macam tu aku biarkan ajelah dia nak buat apa janji dia bahagia lagipun tak kacau hidup aku.Nanti kalau dah ada anak nak kena penyakit kerana tak vaksin jangan nak cari salah orang lain pulak.Kita ni kalau kita meragui vaksin tu dan kita ada ubat yang memang halal dan toyibbah takpe boleh kita pong-pang bercakap condemkan orang yang buat vaksin ni.Ini kita pun cakap kosong dan yang matinya bertambah.Dah keluar pulak viral bagitau raya2 ni kalau sapa yang ada baby jangan bagi sapa-sapa cium.kan dan jadi isu pulak kalau kita nak cium baby kakak kita ke,baby saudara kita yang kita tak pernah jumpa ke.

Itulah kuasa nya media masa sekarang ni,tambahan munculnya ustaz2 maggi.Maksud aku ustaz yang lahir dari rancangan realiti.Kadang ada yang main sedap mulut je bercakap dan kadang memang bersertakan Hadis dan Al-Quran tetapi maksudnya diputar belit.Memang kita tahu ajal ,rezeki dan maut itu sudah ketentuan Allah taala tapi tugas kita sebagai hamba menjaga amanah Allah ni.Takkan bila sakit kita biar sebab Allah ada,memang Dia Maha Penyembuh tapi bukan dengan doa semata-mata kena ada usaha begitu juga dengan rezeki kena usaha bukan duduk solat sepanjang hari dan makanan pun sampai kat atas tikar sembahyang.Maut pun memang setiap kita ada tarikh dah tapi bukan alasan kita duduk macam tu saja tunggu kematian kita,kena ada bekalan jugak nak bawak balik sana rumah kekal kita.

Pasal vaksin ni bagi aku sudah-sudahlah meragui benda yang kita sendiri tak pasti.Andai sesuatu yang kita buat itu ada kebaikan untuk semua takpe tapi kalau kerana kita anak orang lain yang dapat sakit baiklah kita ambik je vaksin tu.Kalau dah ada yang lebih baik kita hasilkan takpe.so sebagai orang biasa yang kurang ilmu aku harap tak ada orang yang terasa apa yang aku tulis,aku hanya harap kita ni menerima yang baik dan menolak yang merosakkan kita.Ya Allah Kau Permudahkanlah Perjalanan kehidupan kami.



Comments

Popular Posts