Masalah@Ujian@Kifarah

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam dari yang Esa.Kehidupan ditempuhi seperti biasa,walau apa pun yang terjadi hidup mesti dilalui kerna itulah amanah.Namun disebalik kehidupan yang mesti dilalui aku seperti dah tiada arah dan semangat untuk menempuhi bagaikan hanya seperti untuk mencukupi syarat.

     Entahlah aku sendiri ada kala berfikir aku sendiri tidak mahu hidup sebegini namun aku kena lalui,tapi aku dan penat dan aku kala ni dalam jiwa yang memberontak ,dalam jiwaku soalan kenapa dan sampai bila menekan diri yang serba hina ini.Hinggakan aku boleh rasa jiwa ku kian kosong dan dan sakit...Aku tahu Allah tahu apa yang aku rasa namun tiada jalan keluar buat aku.Mana mungkin aku harus salahkan Penciptaku namun hati kecilku yang itulah sedang disuarakan....kenapa...kenapa...kenapa......dikala hati boleh menerima orang lain hidup serba baik serba sempurna aku masih lagi diuji dengan kesunyian dan keseorang.....dikala hati menerima rezeki itu sudah ditetapkan pada setiap makhluk Nya aku bertubi-tubi diuji dengan kesempitan.....


           Memudahkan sesuatu yang Halal namun sampai sekarang aku masih pada yang haram....Mendahulukan kedua orang tua ku dalam rezeki yang aku terima aku masih lagi diuji dari segi kewangan.....arghhhhhhhh aku ni makhluk dan hamba yang memang tiada peluang ke untuk dapat baik dan yang elok....aduyai sehabis baik aku tak nak merungut tak nak mengeluh tapi kenapa tak henti masalah@ujian@kifarah yang datang....aku penat Ya Allah boleh ke nak cakap macam tu kalau kata aku mengadu pada sesiapa ni confirm diaorang cakap sabar itu memang kehidupan.Ya aku belajar mulut ini memang senang untuk bercakap sabar tapi hati dan jiwa...Allah je yang tahu.

            Aku memang masih mampu untuk bangun pagi untuk teruskan kehidupan...namun kepayahan untuk celik mata dan rasa bangun sebagai hamba Allah itu amatlah sukar buat aku sekarang.....bila hujung minggu selalu subuh ku entah kemana....bila jiwa sudah hilang rasa tanggungjawab kerana kehidupan  yang sangat membosankan.....tiada teman berbicara dan dalam fikiran dah jadi malas ya amat tambahan bila pagi-pagi aku terasa sakit kepala ya amat...Hari bekerja kadang isyak nya terhangus...kadang memang terfikir apa nak jadi dengan kehidupan aku tapi aku dah jadi malas nak fikir dan aku perasan masa tidoku jadi amat2 panjang.


Aku nak jadi apa ya......aku dah malas dan aku dah penat......dari nak dapatkan jodoh....dari kehidupan seharian aku dah penat sangat2....ni kereta pulak yang rosak dah digantinya bateri rosak pulak benda lain aku dah buntu,tak tau nak buat apa.....duit memang dah tak ada takkan nak mintak hutang kat orang lagi ...aduyai..... 

Comments

Popular Posts