Cuaca Panas + Jiwa Panas.........

Bismilahhirrahmannirahim,Alahamdulillah dengan kurniaan iman dan islam dari Allah taala.Semua nikmat Allah yang berikan yang mana satu kau nak dustakan.....Ya Alhamdulillah sebenarnya terlalu banyak rahmat dan rahim dari Allah berikan namun manusia mana pernah cukup termasuk diriku yang serba hina ini.ermmmm lama nya nak menaip gini, aduyai kekangan kerja yang banyak membuatkan tak ada masa nak meluahkan apa yang dirasa.Cukup dengan menagis biasalah aku, airmata dan aku berpisah tiada...kihkihkih....

     Alhamdulillah, kehidupan diteruskan seperti biasa belum ada tanda-tanda rutin kehidupan itu berubah masih bertemankan dinding putih kosong seperti jiwa ku yang kian kosong..Allahuakbar kuatkan aku Ya Allah, dengan jiwa yang semakin cair dek panas dugaan dunia ini...Ya cuaca sekarang ni kian panas...Allahuakbar baru dunia belum masa dihari perhitungan nanti semua amalan kita yang membantu samada kita akan berada dilautan manusia dalam keadaan sejuk ataupun panas.Terima kasih Ya Allah kerana dalam panas-panas cuaca ni Kau turun kan jua hujan yang membawa seribu rahmat.Hidup kena selalu bersyukur barulah tenang.....cuma bila teringatkan adik yang duduk kat sebelah utara sudah jugak hati ni sebab sana  memang panas...pergi kursus hari tu pun kena demam,kena minum air secukupnya....

Itu kisah dunia dengan cuaca yang panas dapat diubat dengan air yang Allah bagi...jiwa yang panas ni aduyai rasa nya lagi sakit untuk mengubatinya....hal yang sama,situasi yang sama dan orang sama namun tidak tahu sampai bila....Aku sekarang ni makin rasa panas bila tengok orang lain yang mendirikan masjid makin panas bila ada lagi soalan yang menanyakan bila....aduyai kalaulah aku tahu.....nasiblah panas kat dalam jiwa je muka boleh senyum lagi kihkihkih....kadang rasa geram itu timbul bila terbaca status orang-orang yang baru mendirikan masjid ni....terus nak rasa dirinya sempurna dan sentiasa nak menayangkan kebahagian dalam dunia maya...kahwin  baru berapa bulan memanglah mulut tak berhenti tersenyum.......bila ada masalah barulah tersedar pasangan tu macam gini macam gitu...aduiiii itulah manusia tidak sentiasa bersederhana dalam semua hal....Just nak sharing,sorang yang tahu lebih banyak dari aku pasal agama dan baru berkahwin dan macam biasa dalam alam maya sentiasa nak tag pasangan yang diaorg macam gini macam  gitu...ada satu situasi dengan bangga sebab tak pernah melalui alam pertunangan dan tak pernah gaduh....Ya itu rezeki kau semua nya dipermudahkan dan berkahwin memang mengikut landasan islam...tapi bukan semua berezeki sebegitu....ingatlah bila share dalam alam maya semua akan membaca.....aku terasa sebab aku seboleh nya nak yang berlandaskan islam tapi....bukan rezeki aku atau aku ni ada banyak dosa lagi sebab tu jalan aku ni masih berliku untuk kearah mendirikan rumahtangga tapi kadang dalam fikiran aku terfikir ermmmm aku nak yang halal salahkah...entah itu perancangan Allah yang lebih baik dan diluar jangkauan fikiran kita.

           Mungkin umur yang semakin meningkat buat diriku semakin sensitif ..banyak benda yang aku suka untuk isi masa lapang,aku dah tak ada hati nak buat...sunyi dan kosong memenuhi jiwa sekarang apa yang mampu aku buat berdoa dan terus berdoa...Ya memang ada rasa cemburu, aku hanya manusia biasa yang inginkan apa yang normal dalam hidup manusia lain cuma belum sampai masanya lagi...Ya mungkin Allah masih mahu aku belajar dan terus belajar untuk reda...
   Ya Allah berikan jiwa yang kuat buat aku hamba yang lemah ini....dan berikanlah kesejukan supaya boleh tido lena...kihkihkih.....


Comments

  1. Apa kata perkataan islam awak letak I tu Huruf besar. "Islam". Mane tahu..

    ReplyDelete
  2. why not...he3 boleh je buat perubahan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts