Ujian Itu Satu Pelajaran Dari Allah

Bismillahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan nikmat islam dan iman yang masih dikurniakan buat pendosa ini.Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana diberi kesempatan umur dan kesihatan yang baik untuk aku menyambut sekali lagi Ramadhan yang penuh berkat ini.Tahun ke-2 berpuasa di daerah rezeki yang baru.Dah lama tak menulis dalam blog he3.Kesempitan masa yang membuatkan blog lama terbengkalai.Dan jugak keadaan yang berbeza di sini.Alhamdulillah Allah berikan sahabat-sahabat yang baik buat aku kali ini.Setiap masa Alhamdulillah ada gelak,ada gaduh dan ada kesedihan.Semua dilalui dengan rasa senang dan tenang.Walau aku ada seribu masalah dengan sahabat-sahabat ini aku boleh melupakan seketika masalah yang aku alami.Sometime bukan semua masalah kita boleh share dengan orang yang rapat dengan kita.Cukup sahabat-sahabat ini sebagai tempat kita lupa seketika masalah yang kita hadapi.Namun setiap benda yang baik jarang untuk bertahan lama dengan kita.Ya aku nsayangkan persahabatan ini,namun sorang-sorang tinggalkan aku.Kesedihan memang ada namun Alhamdulillah aku boleh kontrol apa yang aku rasa sekarang.Bak kata seorang sahabat belajar untuk melepaskan dan sentiasa untuk positif.Harap-harap aku boleh buat dan istiqamah dengan apa yang aku rasa.Bulan puasa pulak tu kena tinggal,selalu yang meninggalkan tak merasa kehilangan sangat tapi yang kena tinggal yang terasa sangat2.Apa yang aku rasa masuk bulan puasa aku belajar bahawanya Allah mengajar hambaNya pada setiap Ujian yang diberikan.Hati kita akan rasa berat bila ditinggalkan,bayangkan bila mengingatkan setiap apa yang dilakukan bersama jadi tak tentu arah jugak he3.Tapi yalah sampai bila....setiap sahabat yang ada punya kehidupan dan jalan masing-masing dalam dunia ni.Apa yang dibuat memang akan memikirkan diri sendiri dulu.Bukan macam aku he3 selalu fikirkan org lain dulu.Takpelah may be itu pelajaran Allah yang aku belum faham lagi.Apa pun dugaan dan masalah yang ada hidup kena diteruskan demi amanah yang Allah telah bagi.Aku perlu ingatkan diriku bahawa yang ada dalam hidup kita takkan selamanya dengan kita.Situasi ini membuatkan aku teringat sahabat baik aku dulu,Ya pelajarannya aku dapat sekarang siapa yang rapat dengan kita takkan selamanya boleh dengan kita je.Belajar untuk melepaskan baru hati rasa tenang.Ya Allah aku tahu ini ujian Mu lagi,bagilah hambaMu ini kekuatan untuk mengharunginya doa ku buat sahabat-sahabat ku yang baik selama ini dapat satu kehidupan yang baik dan sentiasa dipermudahkan dalam segala hal.

Image result for gambar sahabat

Comments

Popular Posts