Tahun Baru Lagi dan Lagi

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah bagi pada diri yang penuh dosa ini.Lama tak menjenguk blog ni.masa terlalu mencemburui diri ini.Kerja yang berlambak2 membuatkan aku terasa penat sangat.Penat dari segi emosi dan fizikal.Masa memang tak akan tunggu kita...dah masuk tahun 2015,aku?Masih pada kehidupan yang lama...bahkan aku rasa makin teruk...hilang ketenangan,hilang keceriaan.Entah apa lagilah yang mampu aku buat.Memang senang untuk cakap setiap masalah kadang bukan untuk mencari penyelesaian tapi biarlah dengan solat dan sabar.Senang untuk berkata tapi amat payah untuk melakukannya.Aku sendiri bila masuk tahun baru aku melihat pada diriku sendiri..tiada pencapaian yang membanggakan,nak kata dah jadi seorang isteri masih lagi dalam mimpi inikan nak jadi seorang ibu amat jauh sekali hanya boleh jadi anak yang tak boleh membakti pada ibu dan ayah hanya doa semata2 itu pun rasa kesal kerana masih menyusahkan mereka.Sebagai pekerja tak banyak yang aku capai....hanya yang aku nampak hidup yang semakin terbeban dengan hutang....berdoa pada Allah tapi Allah masih nak aku terbeban pada hutang..kadang hatiku tertanya-tanya jugak Allah tak suka pada hambaNya berhutang tetapi bila mohon dipermudahkan untuk membayarkan tak nak pulak Allah bagi makin sempit hidup aku rasa...mana silapnya mana salahnya..aku tak boleh salah kan Allah...aku hanya hamba yang memang layak diuji tapi sampai bila, aku hanya hamba yang biasa yang Allah bagi hati perasaan...Allah tahu tapi kenapa....soalan hanya Allah yang ada jawapannya...Hidup yang terasa makin membosankan,kadang aku sendiri sudah tidak tahu bagaimana hendak menjadikan hidup ini penuh dengan warna warni.Sampai satu tahap aku dah tepu sangat.Pelbagai usaha dah aku buat untuk aku jadi seorang isteri,tambah pendapatan ku dan bantu keluarga tapi apa yang jadi hidup yang semakin serabut...sahabat yang pernah buat hidup kucar-kacir jugak yang hidup bahagia dan senag lenang.Masuk tahun baru punya anak baru betapa Allah mudahkan dia dan bagi hidup dia penuh dengan keindahan...aku? Terasa diri ku jahat sangat ke sampai Allah satu pun tak nak mudahkan aku...nak hidup berteman dan macam orang lain...aku dah cuba pelbagai cara untuk dapatkan yang halal kenapa Allah dekatkan pada yang haram....kalau ikut kepala otak aku ni memang sakit sangat-sangat.Allah masih menguji tapi aku dah tahap putus asa..arghhhhh


Comments

Popular Posts