Hidup Bila Jauh Dari Allah

Bismillahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat islam dan iman yang Allah berikan.Ambik masa jugak nak memblog ni.Tapi kerna rindu ku gagahi jua.Hidup seperti biasa cuma ujian Allah itu makin banyak...kerna apa kerna aku sendiri tahu aku sudah jauh dari Nya.Sungguh aku rasa takut sangat bila aku mula sedar aku menjauh dari Dia dan banyak melakukan dosa.Hidup rasa kurang tenang dan musibah datang bertimpa.Ampunkan aku Ya Allah aku jatuh buat kali ke berapa yang aku sendiri tidak pasti.Bila ada kesenangan dan rasa kasih itu buat aku alpa sekejap.Aku juga punya anggapan bahawa Allah sudah menjawab segala doa-doa aku.Rupa disebaliknya itu ujian buat aku lagi.Sampai sekarang tiada perkahwinan dalam kamus hidupku,bila berhijrah ketempat baru aku dihimpit dengan masalah kewangan yang kronik.Tak ku sangka aku akan dalam keadaan yang bagi aku susah namun aku tetap berusaha bersangka baik pada Allah walau kadang aku tersungkur seketika.Waktu ini memang aku dalam keadaan yang tak berapa nak stabil.Hidupku kembali dihantui mimpi-mimpi ngeri lagi tidur yang jadi nya tidak berkualiti dan hari yang tidak bertenaga.Aku tidak tahu arah mana harus ku tuju selain Mu Ya Allah.Terima kasih kerana ada jawapan itu kemelut ini melalui buku Bonda Nor "Pujuklah Hati".Namun aku belum sekuat itu untuk keluar dari situasi sekarang cuma berharap jalan terbaik dari Allah je.Kau Maha Mengetahui Ya Allah apa yang aku hadapi,hanya Kau yang mampu memberi kekuatan pada hambaMu.Saat ini baru aku kenal siapa yang betul-betul ada masa kita kesusahan.Bukan nak salahkan adik-beradikku tapi saat ini pun tiada sapa yang hendak berkonngsi rasa.Bukan minta untuk meyelesaikan masalah cuma harap boleh jadi pendengar yang baik dan sentiasa ada buatku.Teringin sebenarnya ada yang bertanya dah makan ke dah solat ke dah ngaji tak hari ni.Hidup memang pada asal sunyi kian sunyi.Aku tidak boleh berharap pada yang tidak halal untuk bertanya semua itu untuk aku.Tapi itulah berharap pada manusia memang kita akan kecewa.Berharap pada Allah aku harapkan ada satu kehidupan yang semakin baik buatku.Kehidupan tak lama,cuma sebagai manusia biasa rasa inginkan nikmat dunia tu pasti ada.Ingin senang,inginkan kehidupan berkeluarga dan banyak lagi.Kadang memang aku akan rasa kecewa sangat-sangat dengan kehidupan ini kerana tahun demi tahun doa untuk menjadi halal pada seseorang belum dimakbulkan,ditambah pulak ujian atau musibah kewangan.Bila aku muhasabah diri mungkin kerana  aku mula jauh dari Nya.Ya Allah aku hanya manusia biasa yang akan jatuh dalam ujian Mu tetapi aku sentiasa mengharapkan kerahmatan dan keredaanMu Ya Allah...


Comments

Popular Posts