Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman & Islam buat pendosa ini.Batuk sikit tapi rasa takut yang lebh sebab takut pada penyakit pandemik masa ni Covid19.Masuk bulan ke-4 tahun 2021 dan masuk dua tahun pandemik ini yang tidak menunjukkan bila akan reda.Walaupun vaksin dah ada namun ianya bukan ubat yang boleh merawat pandemik ini.Aku sampai makan balik dah ubat kemurungan dek kerana keadaan pandemik ni.Tapi bila fikir sedalamnya kenapa kita terlampau takut walhal kita dah diberitahu hanya dua benda dalam dunia ini yang tidak ada ubat tua & mati.Mati itu pasti takdir yang tidak akan laju sesaat dan lambat sesaat.Allah yang menentukan segalanya begitu juga sakit covid ni.Tapi yalah aku hanya manusia biasa yang penuh dosa yang sangat takut dengan kematian walaupun tahu mati itu pasti,kiamat itu pasti,alam barzakh itu wujud.Allahuakbar betapa kerdilnya kita ini kerana takut pada makhluk Allah yang sangat kecil yang tidak nampak oleh mata kasar manusia.Benarlah apa yang dipelajari selama ini bahawa kita ini kadang bukan mati kerana benda yang besar dan nampak namun kita akan mati oleh benda yang kecil dan tak mata oleh mata kasar.


           Masuk tahun kedua pandemik ini maka masuk tahun kedua aku belum balik ke tanahair kelahiran untuk berjumpa mak dan ayah serta adik beradik lain sungguh itu yang sangat menyeksakan bukan pandemik ini yang menyeksakan jiwa namun rindu yang tak terkata.Tak terluah dek kata tak tercerita dek mulut betapa aku rindu pada semua.Ya aku boleh balik dengan sop yang ketat dan belum tentu aku terlindung dari sakit ini.Oleh kerana itu mak menahan kami dari balik dulu kerana sayang yang mendalam pada anak-anaknya.Ramdhan hadir lagi esok Insya Allah kita kan mula berpuasa ,dua tahun dah tak balik berpuasa dan beraya bersama mak dan ayah yang buat hati sangat-sangat remuk dan kecewa.Adakala puasa ini aku tak nak lalui kerana aku tahu aku tak boleh balik.Namun aku kena ingat Bulan Ramadhan Bulan Penuh Berakah yang semua manusia tunggu.Apa lagi bagi yang ada keluarga,bagi aku hanya rasa menjalani kewajiban untuk rasa seronok aku lebih berasa hiba.Kadang rasa diri ini kuat namun disebaliknya.Sedih tak terkira bila mengenangkan esok puasa.


Apa pun aku kena kuat demi amanah yang telah diberikan padaku.Ya Allah jagalah kedua orang tuaku.Lindungilah mereka berikanlah mereka kesihatan yang baik umur yang panjang serta keberkatan dan rahmatMu Ya Allah







Comments

Popular Posts