Coronavirus...Covid-19...Qif19

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman,Islam,Kesihatan & Nyawa buat masa ini.Nikmat mana yang hendak kau dustakan.Allahukabar sungguh kala ini aku,keluargaku,kelilingku sedang diuji.SubhanaAllah kerana Ujian itu seadanya Iman kita.Bermula diChina seluruh manusia didunia ini gempar dengan satu penyakit berjangkit yang amat menakutkan.Bermula dipasar basah Wuhan China lebih dari puluhan ribu terkena pada masa itu.Kerajaan China dengan tegasnya terus lockdown negaranya demi mengengkang penyakit tersebut.Lainnya ditanah air tercintaku ini Malaysia pada gemlombang pertama covid-19 ni agak selesa dan seperti biasa rakyatnya tenang sahaja.Pada gemlombang pertama 25 orang dijangkiti dan Alhamdulillah tiada kematian masa itu.Pada klauster yang ke -26 yang bagi aku memang penting diri walhal masa itu dah diwar-warkan apabila sudah keluar negara hendaklah self quaratine dirumah.Namun bila rasa ego itu lebih tinggi dari segalanya manusia yang kedua puluh enam ni tidak mengurung dirinya dan dengan rasa tidak bersalah pergi mesyuarat pergi main bowling pergi segala tempat Malaysia merebakkan penyakit Allahuakbar.Itulah akhir zaman bilamana manusia penting diri itu sangat ramai.Andai kata penyakit ini tidak merbahaya kerajaan tidak akan terlaung2 suruh kita jaga kebersihan,kurung diri kalau dah tau kontak rapat atau dah keluar negara.Namun yalah namanya pun manusia arahan Allah pun langgar ini kan pulak arahan sesama manusia.


         Setelah kes jangkitan mencanak naik pada awal mac hari tu kerajaan Malaysia memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18hb Mac -31 Mac 2020.Saat itu aku melihat pelbagai peragai manusia yang keluar yang tidak memahami Perintah tersebut.Berbondong2 balik ke kampung ...bila diberitahu kena maklum kat balai kalau nak balik kg berbondong2 g ke balai.Walhal kita tahu penyakit ni berjangkit bila kita rapat dengan pembawa lagi jugak nak berkumpul ramai2 tanpa social distanct.Allah kala itu aku terfikir begitulah manusia bila kiamat nanti hilang segala ketenangan dan kewarasan.Memang semua orang takut ....lebih lagi manusia sepertiku yang punya anxiety dan panik ni.Ya aku menempuh hari-hari yang agak menyakitkan kerana hampir setiap hari diserang ketakutkan dan risau yang melampau walaupun aku tahu risiko aku rendah namun paranoid aku melebehi segalanya.Namun sedayanya aku melawan apa yang aku rasa setiap hari.Ini kisah negara yang aku kena patuh pada perintah kerajaan untuk mejaga diri.Lain pulak ditempat aku mencari rezeki sekarang ni.Perintah Kawala Pergerakan memang diguna pakai untuk semua termasuk semua agensi kerajaan melainkan yang kritikal seperti staff kkm,polis,tentera dan keselamatan yang lain.Namun aku tidak tahu bagaimana dengan agensi tempat kau bekerja nak dikategori kritikal atau tidak.Kadang aku tak faham apa yang orang atasa aku punya fikiran tika dan saat ini.Ketua tempat bertugas tak benarkan pengiliran walaupun ada arahan atas alasan tidak mahu menjawab nanti.Cmne jadi ketua kalau segala hal kau tak nak menjawab bagi pihak anak buah kau.Ketua jenis apa kau ni.Saat ini saat dimana rata2 manusia punya emosi yang tak stabil.Nak keluar membeli barangan keperluan kena penuh rasa hati-hati.Setiap hari memikirkan adakah aku sudah dijangkiti.Sungguh perit rasanya.Namun bila punya ketua yang tidak memahami lagi rasa memeritkan.Disuruh datang keja takpe itu aku faham tetapi kalau budak sakit kamilah salah kamilah lalai eh.... macam tu.Kau disuruh datang keja tetapi apa yang berlaku kat budak dalam ni kau yang salah dengan slogan depa suci.Bagaimana kalau depa keluar secara rahsia adakah depa suci lagi.Aduiii memang aku stress bila pikir benda tu.

        Itu satu hal takpelah aku dah terima dah kena diarahkan datang bekerja walaupun nak keluar rumah takut tu Allah je tahu rasa macam mana.Letih walaupun bukan ada kerja berat yang dilakukan namun terlalu banyak memikir buat aku rasa sangat letih.Tapi ada orang nak fikirkan ke.Tidak sama sekali hanya aku dan diriku je boleh jaga diriku sendiri.Ada kawan pun saat ini kau akan lihat peragai sebenar diaorang ni.Takpelah aku muhasabah diri mungkin dan bahagian aku dapat keliling aku macam ni.Usaha untuk jadi sepositif nya.Ya Allh Engkau yang menguasai segala apa dalam dunia ini bantulah kami Ya Allah untuk keluar dari pandemik ini.Hapuskan virus ini dan kembalikan kami pada kehidupan kami yang asal.Ampunkan kami Ya Allah atas dosa-dosa kami yang membuat Engkau Murka.
Dilanda Wabah Virus Corona, Singapura Potong Gaji Seluruh Pejabat ...



Comments

Popular Posts