Aku Bodoh @ Keadaaan Bodoh

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam buat pendosa ni.Alhamdulillah dengan kehidupan yang diberi walaupun sering dalam kesempitan yang kadang buat kebuntuan.Apapun kehidupan kena diteruskan jugak.Sesakit mana yang dirasa ujian itu akan berlalu dan ujian akan tetap Allah untuk kau kuat dalam kehidupan.Hati aku cukup sakit 2-3 hari ni.Sampaikan aku fikir aku ke yang bodoh atau aku memang berhadap dengan kebodohan.Bila mana bekerja dengan orang-orang yang terlalu takut dengan ketua daripada kebenaran memang aku rasa meluat.Bagi aku buat apa flow keja yang telah ditetapkan dan sop yang dah dibuat serta akta yang susah payah kita cipta tetapi kita sendiri yang langgar semuanya hanya kepentingan nama.Aduiii parah sangat dan boleh dikatakan inilah permainan duit dalam keja bila duit jadi tuan apapun kau akan langgar tanpa memikirkan salah dan dosa.Aku jadi marah bila aku dihalimunankan sedangkan kerja itu berkait dengan aku.Ingatkan tak terlibat rupanya paling banyak kerja aku yang kena buat.Ok selesai isu tu ,timbul pulak isu bayaran lebih masa untuk keja pada cuti rehat sabtu ahad dan cuti umum.Ini lagi satu kebodohan atau aku yang bodoh entahlah aku pun tak tau.Bila kau ada bahagian pentadbiran yang bekerja tapi bisu dan pekak.Kalau tempat aku keja lama dulu bila tuntutan aku salah aku akan diberitahu,apa-apa perubahan dalam arahan membuat tuntutan akan diberitahu.Ini kat sini diam dan meletus bila dah buat pembayaran.Ya mungkin bagi yang ada duit nilai 2-3 puluh tu sangat sedikit namun bagi aku sangat besar.Aku target nilai lain namun jumlah lain yang masuk.Bila ditanya susah nak jawab dan paling aku kecewa lambat 6 minit potong 15 minit tapi balik lebih 6 minit tak pulang depa bayar aku.Memang aku rasa sakit hati.Sampaikan aku rasa sedih yang amat sebab bila harapan ko musnah gitulah rasanya.Baru nak terhengeh-hengeh buat maklumat gitu gini.Kalau aku tak letuskan sampai bila buat bisu dan pekak aje.Cukup buat mood aku swing.

      Hari ni aku berdepan lagi satu kebodohan ataupun yang sebenarnya aku yang bodoh.Bila kau dah tak boleh ditegur baik jangan keja dengan manusia baik keja ngan binatang sebab binatang takkan pandai tegur kau kihkihkih.Aku bekerja dibahagian checking bila ada yang salah memang aku tegur.Namun aku takkan tegur bagi yang baru,tapi kalau dah berulang ko rasa.Siap manusia tu nak santau aku.Kalau kata aku jatuh sakit lepas ni dah tau siapa buat aku.Minggu yang sangat penat dan menekankan aku rasa.Nak release dengan duit memang tak lag minggu depan baru gaji masuk.So aku kena buat bodo dan berdiam diri saja.Semoga apa yang berlaku tak menyebabkan aku sakit.

Ya Allah kuatkan aku dalam ujian Mu ni...
Image result for gambar cantik

Comments

Popular Posts