Perkahwinan...Satu Takdir @ Pilihan Hidup

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan segala kurnian Ilahi terutama kurniaan Iman dan Islam ini.Dah lebih 15 hari genap 40 tahun satu usia yang semakin hampir dengan satu kematian...persedian sungguh manusia itu sentiasa tidak bersedia untuk mati kecuali bagi yang yakin dengan ibadat yang telah dibuat.Alhamdulillah satu kehidupan yang aku harus aku teruskan walau dalam apa keadaan sekali pun.Mak & Ayah Alhamdulillah sihat,kakak-kakak je ada dua yang tak tahu khabar berita.Sungguh hubungan keluarga tak berapa baik , namun aku bersyukur kerana aku masih mampu berbuat baik pada kedua orang tua aku walau kadang rindu pada kakak-kakak hanya Allah yang tahu.

    Aku seperti yang mula aku buka blog ni masih belum kawen lagi dan hidup yang semakin aku terima walau takut untuk menghadapi masa tua keseorangan itu masih ada.Apa yang perlu aku buat just terima takdir je.Namun 2-3 hari ni hati aku tercuit dan ada rasa kepelikan pada manusia-manusia yang Allah telah kurniakan satu perkahwinan dan dikurniakan anak-anak.Ya sekarang ni memang zaman segalanya internet dan media massa.Namun adakah semuanya perlu kita kongsikan.Andai kata perkongsian itu memberi penganjaran atau berkongsi rasa gembira bagi aku its fine.Namun disebalik perkongsian itu bila kau berkias mengatakan suami kau selalu meninggalkan kau keseorangan ...kau rasa elok ke perkongsian kau ataupun dalam status waasap asyik share yang orang boleh kaitkan dengan suami kau ...kau rasa.


     Dulu ya aku pun jenis segalanya nak share dengan harapan orang yang tersayang akan faham derita yang aku lalui.Tapi hidup itu kena kau lalui.Sedikit demi sedikit aku belajar hidup ini adalah atas pilihan diri sendiri.Iya memang hidup juga satu takdir yang Allah dah tentukan...contoh kalau kau jadi madu memang senang kau akan cakap dah jodoh namun disebalik takdir itu rasanya Allah memberi kita pilihan sama ada kita hendak atau tidak menjadi madu tu.Sebab Allah dah jadikan kita manusia yang berakal mustahil tidak berfikir sebelum bertindakkan.Jangan hanya kita bersandar pada takdir semata kerana bagi aku hidup ini pilihan kita jadi jangan salahkan sesiapa.Bukan itu saja yang aku nak coretkan...aku rasa pelik pada manusia-manusia yang dah dikurniakan satu perkahwinan dan anak-anak ni.Kadang-kadang hampir tiap hari mendengar keluhan dan rungutan.So for whar ko kawen kalau segalanya kau hal kau rasa terbeban.

      Sebab tu Allah dah bagitau perkahwinan itu bukan hanya keseronokan yang kau perlu idamkan namun ianya satu tanggungjawab yang menetapkan kaki ko sebelah disyurga sebelah dah dineraka.
Allah sangat sayangkan hambaNya sebab apa ...sebab dia kurniakan "Cerai" bagi satu perkahwinan yang sangat-sangat bermasalah namun manusia ini memang sangat tamak dan suka ambil kesempatan dalam kehidupan bila rasa senang dapat senang jugak nak buang.Ini yang buat aku rasa takut nak kawen dan syukur sangat mungkin sebab ini Allah belum bagi aku lagi.Apa pun apa yang nak aku luahkan apa pun jadi dalam kehidupan kita bersyukurlah kerana Ujian itu tanda Allah sayang terima dengan hati yang lapang akan buat kita tenang.
   
       Yakin pilihan hidup kita takdir yang terbaik dari Allah Taala untuk kita tadbir sebaiknya.Syukur selalu.Yakin kasih sayang Allah sentiasa dengan kita.

Image result for gambar indah

Comments

  1. Titanium Engineering | Silicon Art | TITanium's Crafts
    Titanium Engineering is the 2020 edge titanium world's largest where is titanium found independent T-Shirt designed for your T-Shirt, Clothing and Accessories. titanium dive knife Buy today titanium watches and receive a great titanium cartilage earrings deal $5.99 · ‎In stock

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts