Rejab...Syaaban....Ramadhan

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Iman & Islam tika ini buat pendosa ni.Dah masuk April 2019.Tinggal tak sampai sebulan dah nak masuk bulan puasa.Cepat sungguh sekarang ni masa berlalu.Aku? Alhamdulillah walau hidup ini belum dapat apa yang diingini Allah dah bagi apa yang perlu.Semoga semua orang yang aku sayang akan mendapat Rahmat dari yang Esa dan sama-sama dipermudahkan urusan dunia & akhirat.😉 Hidup yang mesti diteruskan kerana diri kita ini adalah amanah dari Pencipta buat hambaNya.Setiap hari yang perlu dinikmati semaksimum boleh kerana esok kita belum tahu apa yang kita hadapi.Dalam menghadapi Ujian hidup kita mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah Taala.Ujian itu tanda Dia masih prihatin dan sayang dengan hambaNya.

    Aku sekarang ni dah disahkan ada satu lagi sakit 😅.Alhamdulillah aku boleh menerima walaupun ada sikit kenapa keluar namun aku lekas-lekas positifkan diri aku.Kata mak buat apa na marah-marah sebab dah sakit makan je ubat In Syaa Allah hidup akan lebih tenang.Ya aku pernah membaca sebenarnya buku Ustaz Pahrol Juoi ,katanya lebih baik kita berdamai dengan takdir supaya kita boleh mentadbir hidup dengan baik.Aku akui sakit-sakit yang ada kerana salah sendiri kerana tak pandai untuk manage stress yang hadir.Kadang tu masih ada rasa namun aku belajar mengurangkannya.Ada nya sakit baru ni aku kerap kejang kaki.Kalau dulu cukup malas nak berstokin sebab elok supaya angin tak masuk.Dahlah aku ni memang queen of angin kihkihkih.Alhamdulillah istiqamah sbb aku serik rasa sakit tu.Bila urat tegang aduiii sakitnya Allah Taala je tau rasa cmne.Pakailah stokin tido walaupun pagi-pagi confirm sebelah tak tau g mana he3.


      Tadi sempat tengok video sorang doktor ni yang memberi 7 Petua agar hidup sihat sepanjang hayat dan untuyk melawan penyakit,katanya untuk sihat sepanjang hayat kita hendaklah ikut 7 petua ni tak kira mana satu yang dulu sebab semuanya penting;
                     

  • Ketenangan - ini memang penting sbb dengan rasa tenang kita boleg urus hidup dengan baik,untuk dapat tenang semestinya jaga hubungan kita dengan Pencipta dan sentiasa memaafkan dan melupakan.(part maaf&lupa aku masih sukar)
  • Sihat & Cergas - yang ini kena kelihatan sihat dan cergas jangan hanya nampak sihat tapi tak cergas kata doktor ni he3 so far aku walaupun ada penyakit cergas lagi nak turun naik pergi dan balik kerja.😉      
  • Kasih & Sayang Berpanjangan - kena sentiasa berkasih sayang dengan mak ayah ,keluarga,rakan-rakan dan sekeliling ( yang ini aku kurang sikit namun tetap bersyukur apa yang ada)
  • Jangan berhutang - ermmm yang ini masih dalam usaha membersihkan diri dari berhutang dan semoga menjelang umur 50-an nanti aku hanya ada hutang rumah je.
  • Tujuan Hidup - Dunia Bahagia - Akhirat Syurga (aku yang ini masih mencari ada yang aku inginkan belum Allah makbulkan,takpelah namun Akhirat Syurga adalah impian setiap kita)
  • Bagi Balik - yap aku percaya konsep memberi itu adalah lebih baik dari menerima kerana banyak manafaat dan banyak keajaibannya.
  • Enjoy - ini lah yang paling penting untuk kita buat sekarang juga, nikmati hidup seadanya jangan ditunggu kaya dan bahagia baru nak menikmati kerana hidup ini tak lama jadi just enjoy it 😍 . 


       Itu antara 7 petu yang aku boleh share supaya menjadi ingatan diri ku dan manafaat pada yang lain.Sungguh hidup ini singkat untuk disia-siakan.Semoga istiqamah dalam melakukan kebaikkan walau diri ini bukan yang sempurna... Ya Allah perkenankan setiap doa hambaMu yang memerlukan 💓💓

Related image

Comments

Popular Posts